4 June, 2020
Home » Arab Saudi » KONSUL GENERAL MALAYSIA AMBIL PAKEJ MUASSASAH GLOBAL IKHWAN

KONSUL GENERAL MALAYSIA AMBIL PAKEJ MUASSASAH GLOBAL IKHWAN

Pada 8 Julai 2017, GISB Holdings Cawangan Haramain telah diberi kepercayaan untuk menguruskan perjalanan Konsul General Malaysia di Jeddah iaitu Dato Hj Ali Selamat bersama ahli keluarga untuk program ziarah ke Bumi Taif.

Beliau yang mengambil pakej Muassasah Global Ikhwan telah dibimbing oleh Tuan Hj Inamullah Ashaari salah seorang Ahli Lembaga Pengarah Cawangan Haramain. Seramai 15 orang telah menyertai program tersebut.

Ahli rombongan telah dibawa menziarahi Perkampungan Bani Saad iaitu satu kawasan dimana Rasulullah SAW diasuh sewaktu kecil oleh Halimatus Saadiah ibu susuannya. Peserta rombongan turut diberi taklimat mengenai sejarah kehidupan Rasulullah SAW yang diasuh di kawasan ini adalah disebabkan perkampungan Bani Saad merupakan tempat yang bersih udaranya juga kawasan yang mempunyai penutur bahasa Arab yang baik berbanding di Kota Mekah. Para rombongan juga sempat melihat kawasan dimana Rasulullah SAW dibelah dadanya untuk disucikan oleh malaikat dengan 3 jenis air. Para rombongan turut singgah membeli buah-buahan dalam perjalanan pulang dari Taif.

Bagi melahirkan penghargaan dan terima kasih kepada GISB Holdings yang menyantuni beliau dan keluarganya sepanjang lawatan termasuklah ketika di Jordan, beliau telah mengadakan rumah terbuka khusus untuk staf GISB Haramain yang diadakan di rumah beliau di Jeddah. Kunjungan YBM Tuan Hj Salleh Saliyan bersama keluarga dan staf GISB Haramain telah memeriahkan majlis dalam suasana silaturahim yang harmoni dan berkasih sayang.

Semoga dengan program ini ikatan kasih sayang yang terjalin antara GISB Haramain bersama keluarga Konsulat Malaysia di Jeddah akan lebih mengeratkan lagi hubungan hingga akhirnya sangat membantu untuk Allah dan Rasul dibesarkan agar Islam dapat diwibawakan khususnya di bumi Haramain.