25 August, 2019
Home » Arab Saudi » KUDA BAKA ARAB ASLI LAHIR DI WADI IKHWAN, MEKAH

KUDA BAKA ARAB ASLI LAHIR DI WADI IKHWAN, MEKAH

Kuda adalah haiwan kesayangan Rasulullah. Selain kambing dan unta, memelihara kudaadalah salah satu Sunnah Rasulullah SAW. Rasulullah SAW bersabda: “Kuda, pada ubun-ubunnya itu terdapat keberkatan sampai hari kiamat.” (HR Bukhari, Muslim).

Di antara fungsi kuda adalah menjadi tunggangan perang, seperti yang disebut dalam al Quran di Surah Al ‘Aadiyat.

Alhamdulilah dengan keberkatan Rasulullah dan orang-orangnya, pada jam 7.00 pagi 12 Disember 2017 yang lepas, Wadi Ikhwan milik GISBH di Mekah Al Mukarammah telah mendapat khabar gembira dengan kelahiran seekor kuda dari baka Arab asli. Anak kuda jantan ini adalah anak kepada Nur Zul Fakariah seekor kuda yang pernah ditawarkan untuk dibeli oleh seorang hartawan Saudi dengan harga USD 1 juta. Anak kuda jantan ini telah diberi nama Al Ghazi oleh YBM Tuan Nasirudin Mohd Ali, Pengerusi Lembaga Penasihat GISB Holdings.

Dengan kelahiran kuda ini menjadikan jumlah kuda yang ada di Wadi Ikhwan sekarang menjadi 14 ekor kesemuanya. Semoga dengan kelahiran anak kuda ini akan menambah meriahkan lagi Islam di Wadi Ikhwan dan menjadikan kita mendapat rasa rindukan Rasul dan berusaha untuk mencontohi setiap sunnah Rasulullah SAW.

Carian Terkini:

  • harga seekor kuda
  • kuda baka