23 October, 2017
Home » Arab Saudi » 100 JEMAAH HAJI INDONESIA DIRAIKAN DI VILLA GISBH MAKKAH

100 JEMAAH HAJI INDONESIA DIRAIKAN DI VILLA GISBH MAKKAH

Tetamu yang datang membawa rahmat, perginya penghapusan dosa, sempena bulan haji 1437 Hijrah ini, Villa GISBH Makkah telah menerima kehadiran para tetamu Allah sama ada mahu mengadakan kenduri kesyukuran atau kerana mengambil pakej ziarah dari Muassasah Global Ikhwan.

Villa GISBH Mekah yang tersergam indah, luas dan selesa, sangat menjadi tarikan para tetamu Allah untuk berkunjung bagi mengadakan pelbagai aktiviti disamping dapat melihat kemegahan Islam di Arab Saudi yang diterajui oleh Syarikat GISB Holdings Sdn Bhd dalam usaha menyantuni jemaah Haji dan Umrah dengan pelbagai pakej disediakan.

Pada 13 September 2017, seramai 100 orang jemaah Haji Indonesia yang diketuai oleh Ustaz Royhan Sabuki telah mengadakan Kenduri Kesyukuran di Villa GISBH Makkah. Ia bertujuan untuk melahirkan kesyukuran serta meraikan jemaah yang telah bersusah payah dan sabar sepanjang menunaikan ibadah Haji. Ia juga merupakan majlis penutup kerana para jemaah akan berangkat menuju ke Madinah pada keesokan harinya. Jemaah sangat gembira dan berterima kasih dengan layanan yang mesra serta juadah makanan yang enak.

Selain itu jemaah Jad Travels yang mengambil pakej ziarah dengan Muassasah Global Ikhwan juga penyediaan makanan turut mengambil peluang mengunjungi Villa GISBH Mekah. Seramai 102 orang jemaah JAD Travels telah menziarahi Villa GISBH secara bergilir-gilir. Kumpulan pertama seramai 36 telah datang pada 16 September dan diikuti pada hari berikutnya mengikut kumpulan. Para jemaah turut ditayangkan dengan Profile GISB Holdings Sdn Bhd sambil menjamu selera juadah yang telah disediakan.

Dalam masa yang sama staf GISB Holdings Cawangan Haramain turut mempromosikan Songkok Ikhwan kepada para jemaah sebelum pulang. Songkok Ikhwan yang dijual dengan pelbagai warna telah menjadi tarikan para jemaah dan turut mendapat sambutan yang amat menggalakkan.

Semoga dengan layanan yang diberikan, para jemaah akan sangat merasakan Islam itu sangat berkasih sayang dengan berkhidmat sesama manusia agar dengan itu para jemaah mendapatkan rasa takut setakut-takutnya kepada Allah dan rindu serindu-rindunya pada Nabi.