23 October, 2017
Home » Arab Saudi » Makkah » AHLI PERNIAGAAN INDONESIA DI MAKKAH TERTARIK DENGAN GISB HOLDINGS

AHLI PERNIAGAAN INDONESIA DI MAKKAH TERTARIK DENGAN GISB HOLDINGS

Pada 8hb Jun 2017, YBM Tuan Haji Salleh bin Saliyan Ahli Lembaga Pengarah Cawangan Zon Haramain bersama 6 orang staf GISB Holdings telah menghadiri jemputan berbuka puasa dan makan malam di tempat salah seorang kenalan GISB Haramain Haji Muhammad Syafi’i. Jemputan ini adalah usulan kedatangan beliau di Villa GISB Makkah untuk makan malam pada 7hb Jun 2017. 

Beliau merupakan seorang warganegara Indonesia anak saudara kepada seorang staf GISB Haramain dan ahli perniagaan yang berjaya di Makkah dengan memiliki 3 buah Restoran Makanan Asia iaitu Restoran Priangan di Awwali, Jabal Nur dan Menara Jam. Restoran di Menara Jam adalah kerjasama dengan Restoran India.

Haji Muhammad Syafi’i sempat membawa YBM Tuan Haji Salleh bin Saliyan bersama rombongan ke restoran baru beliau yang terletak di Jabal Nur. Bangunan 3 tingkat dengan 4 pintu kedai ini telah diubah suai untuk menjadi sebuah restoran 2 tingkat dengan tingkat atas untuk penempatan staf.

Rombongan telah dijamu dengan juadah berbuka puasa dan setelah solat Maghrib dijamu pula dengan menu istimewa antaranya satay jawa, dendeng, rendang daging, keropok kentang, kicap ayam, dan gulai telur. Kesemua menu ini adalah dari restoran kepunyaan beliau sendiri yang mana menu ini sangat digemari oleh penduduk tempatan mahupun warga asia yang menetap di Arab Saudi. 

Beliau mengucapkan berbanyak terima kasih kepada YBM Tuan Haji Salleh bin Saliyan atas kunjungan rombongan ke rumah beliau. Beliau juga tertarik dengan GISB Holdings dalam menguruskan perniagaan yang membesarkan Allah dan Rasul serta kagum melihat pelaksanaan kehidupan mengikut sunnah Rasulullah SAW dalam mendidik isteri-isteri untuk berkasih-sayang kerana beliau juga mempunyai 2 orang isteri tetapi belum lagi dapat berkasih sayang. YBM Tuan Haji Salleh bin Saliyan telah mempelawa beliau untuk berkunjung lagi ke Villa GISB Makkah bersama isteri-isterinya.

Semoga dengan hubungan silaturahim GISB Holdings dengan pelbagai peringkat masyarakat di Makkah akan dapat mensyumulkan lagi kehidupan Islam hingga manusia semakin mendapatkan Allah dan Rasul di dalam kehidupan.

Carian Terkini:

  • berita gisb indon