23 October, 2017
Home » Arab Saudi » Makkah » CEO GISBH BERTEMU TIMBALAN PERDANA MENTERI MALAYSIA DI MAKKAH

CEO GISBH BERTEMU TIMBALAN PERDANA MENTERI MALAYSIA DI MAKKAH

Pada 20 haribulan Jun 2017, GISB Haramain telah diberi peluang untuk menyantuni rombongan Yang Amat Berhormat (YAB) Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri Malaysia untuk juadah sahur, berbuka puasa dan makan malam. Seramai 6 orang staf GISB Haramain telah ditugaskan untuk menyantuni rombongan selama 5 hari rombongan berada di Mekah. 

Beliau yang ditemani oleh isterinya Datin Seri Hamidah Khamis telah memesan pelbagai jenis makanan yang digemarinya antaranya kari itik, telur itik masak lemak, daging goreng kunyit, puyuh masak balado, sambal petai dan ikan sepat masin. Datin Seri Hamidah turut berkongsi menu dan petua lebih 10 jenis masakan citarasa Melaka dan Jawa serta mengajar cara-cara dan kaedah penyajiannya  kepada staf katering GISB Haramain.

YBM Dato’ Lokman Hakim Pfordten CEO GISB Holdings dengan diiringi YM Tuan Hj Salleh Saliyan turut hadir pada majlis malam itu untuk beramah mesra bersama YAB Dato’ Seri Ahmad Zahid dan ahli korporat yang lain. Antaranya ialah, Dato’ Dr Asraf Wajdi Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Hj Mohd Ali Selamat Konsul General Jeddah, Dato’ Ujad Abu Bakar CEO Jad Travels, Datuk Seri Khalid Muhammad Jiwa bersama isterinya Datuk Siti Nurhaliza, Datuk Abi dan beberapa kenamaan kenalan Timbalan Perdana Menteri di Arab Saudi.

Ketika beramah mesra Dato’ Lokman Hakim telah memperkenalkan dan menceritakan perkembangan GISB Holdings yang kini berada di serata dunia kepada Dato’ Seri Ahmad Zahid bahawa keberadaan GISB Holdings adalah untuk memberi khidmat kepada manusia dengan kemudahan yang disediakan khususnya rakyat Malaysia yang berkunjung ke Luar Negara. 

Yang Amat Berhormat (YAB) Timbalan Perdana Menteri Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyatakan sokongannya di atas usaha-usaha yg dilakukan GISB di dalam mengharumkan nama Malaysia dan mengembangkan Syiar Islam melalui ekonomi, Justeru itu YAB mengakui tahu perkembangan GISB telah membeli hartanah di Australia dan aktiviti-aktiviti perniagaan lain samada melalui anaknya atau pegawai-pegawai khas beliau. Bahkan isterinya, Datin Seri Hamidah menyatakan, anak sulungnya lahir di klinik Al-Arqam di Desa Minang Gombak.  Majlis malam itu diteruskan dengan solat Maghrib, Isyak dan Terawikh berjemaah.

Maha Besar Allah dan Keberkatan Rasulullah SAW yang melakukan semua ini, dengan pertemuan CEO GISB Holdings bersama Timbalan Perdana Menteri Malaysia akan terus terjalin dengan lebih erat. Para tatamu turut memberikan respon yang sangat baik dan berpuas hati terhadap masakan yang disediakan oleh GISB Holdings. Semoga khidmat yang disediakan untuk menyantuni tetamu Allah akan membuatkan manusia semakin mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi khususnya di Bumi Haramain ini.

Carian Terkini:

  • pekembangan gisb