4 June, 2020
Home » Arab Saudi » Makkah » KEHADIRAN TETAMU VIP ANAK DAN MENANTU TPM KE VILLA GISBH MAKKAH

KEHADIRAN TETAMU VIP ANAK DAN MENANTU TPM KE VILLA GISBH MAKKAH

Pada 14 Jun 2017 baru-baru ini, seramai 7 orang tetamu VIP telah hadir ke Villa GISB Makkah. Antara tetamu yang hadir itu ialah Dato’ Norsham bin Zakaria seorang ahli koporat bersama isterinya Datin Nurulizawani binti Ahmad Zahid anak kepada Timbalan Perdana Menteri Malaysia yang lebih mesra dipanggil Datin Wawa. Tetamu telah disambut oleh YBM Tuan Nasiruddin bin Mohd Ali Pengerusi Lembaga Penasihat GISB Holdings dan YBM Dato’ Lokman Hakim Pfordten Ketua Pegawai Eksekutif GISB Holdings. Kedatangan mereka adalah atas undangan dari YM Tuan Hj Salleh bin Saliyan Ahli Lembaga Pengarah Cawangan Zon Haramain untuk berbuka puasa dan makan malam.

Tetamu yang tiba seawal jam 5:30 petang itu telah beramah mesra dengan Ahli Lembaga Penasihat GISB Holdings. YBM Tuan Nasiruddin telah menceritakan kepada Ybhg Dato Norsham tentang Syarikat GISB Holdings yang telah berkembang ke seluruh dunia. Mereka gembira bila mengetahui bahawa GISB turut berada di Bumi Turki dan telah bertapak selama 4 tahun di sana.

Tetamu telah dijamu dengan menu istimewa seperti Sate dan Lontong Nasi untuk hidangan berbuka puasa dan Siakap 3 Rasa, Udang Goreng Tepung, Tomyam Seafood serta Sup Kambing untuk Juadah Makan Malam.  Para tetamu turut diberi peluang untuk melihat dan mengambil berkat barang Rasulullah SAW yang dibawa dari Turki. YBM Tuan Nasiruddin meceritakan bahawa barang berkat itu ialah janggut Rasulullah SAW yang telah dihadiahkan kepada GISB Holdings oleh Syeikh Mustafa AL-Mubarak seorang Ulama Turki.

Ketika para tetamu dibawa melihat barang berkat Rasulullah SAW YBM Tuan Nasiruddin telah memberi penerangan berkenaan barang berkat yang dipamerkan di dalam sebuah Bilik Khas. Para tetamu mengucapkan terima kasih kepada YBM Tuan Nasiruddin Mohd Ali atas undangan makan malam dan pameran barang berkat itu yang mana bukan semua orang direzekikan untuk melihatnya. Tetamu sempat bergambar bersama Ahli Lembaga Penasihat GISB Holdings dan staf GISB Haramain sebelum pulang ke hotel.

Tetamu dan Ybhg Dato Norsham serta Datin Wawa juga sangat teruja dan gembira apabila dijemput berbuka dan makan malam di Villa GISB Madinah ketika berada di Madinah. Inilah kali pertama mereka ke Villa GISBH di Madinah yang baru, walaupun telah mengambil perkhidmatan Groundhanding Muassasah Global Ikhwan ketika ke Tanah Suci sejak tahun 2014.

Semoga segala yang berlaku ini akan menjadikan manusia semakin merindui Rasulullah SAW hingga membuatkan manusia semakin takut dan cintakan Allah di dunia dan di akhirat.