4 June, 2020
Home » Arab Saudi » Makkah » SATU LAGI RESTORAN GISBH DIBUKA DI MAKKAH

SATU LAGI RESTORAN GISBH DIBUKA DI MAKKAH

Hati yang bercahaya ditempa dari makanan yang halal, suci dan bersih. GISB Holdings cawangan Haramain terus menerus memberi khidmat kepada masyarakat tempatan dibidang penyediaan makanan dengan membuka sebuah lagi restoran baru di Makkah, Arab Saudi.

Pada 27 Mei 2017, YBM Tuan Haji Salleh bin Saliyan, Ahli Lembaga Pengarah Cawangan Zon Haramain bersama staf GISB Holdings telah membuat lawatan ke sebuah restoran yang baru disewa di As-Sulaymaniyyah, Makkah. Pemilik restoran iaitu Ashri bin Yahya Al Khabrani telah menyewakan restorannya dengan kadar SR100,000 setahun kepada GISB Cawangan Haramain untuk meneruskan perniagaan restoran tersebut. Restoran ini telah diberi nama Matam Global Ikhwan oleh YBM Tuan Haji Salleh bin Saliyan. Ia akan mula beroperasi pada awal bulan Syawal ini.

Restoran ini telah dilengkapi dengan berbagai kemudahan seperti dapur masak, peti sejuk, peralatan membakar ayam, peralatan mencuci pinggan dan set kerusi meja.  Ini membantu GISB Haramain untuk melengkapkan keperluan restoran tersebut.

Restoran ini diambil adalah kerana kedudukannya yang berdekatan dengan kawasan Masjidil Haram dan penempatan Jemaah haji Malaysia yang menginap di Hotel Abraj Janadiriyah. Lokasinya yang strategik berada di jalan yang sama dengan penempatan jemaah haji dari Malaysia akan lebih memudahkan jemaah Malaysia berulang dari restoran ke tempat penginapan.

GISB Holdings Cawangan Haramain akan mengekalkan menu sedia ada iaitu Nasi Bukhari sambil memperkenalkan makanan citarasa Malaysia kepada Jemaah Umrah dan Haji juga kepada penduduk tempatan serta pekerja asing. Ini memberi peluang kepada pelanggan yang hadir untuk memilih jenis makanan yang disukai mengikut citarasa sendiri agar dengan itu para pelanggan akan terhibur

Semoga dengan bertambahnya restoran baru ini, GISB Holdings di Bumi Haramain akan terus meriah dan berkembang dalam membangunkan ekonomi islam dibawah Sektor Perniagaan GISB Holdings dan dapat berkhidmat sesama manusia agar manusia semakin cintakan Allah dan rindukan Rasul.

Video berita berkenaan restoran baru ini dapat disaksikan di link ini.