4 June, 2020
Home » Arab Saudi » Makkah » ZIARAH EKSLUSIF KE TEMPAT BERSEJARAH DI MAKKAH

ZIARAH EKSLUSIF KE TEMPAT BERSEJARAH DI MAKKAH

Pada 14hb Jun 2017, seramai 25 orang staf GISB Holidngs di Haramain telah direzekikan membuat lawatan ke tempat-tempat bersejarah di Makkah bersama YBM Tuan Nasirudin Mohammad Ali, Pengerusi Lembaga Penasihat GISB Holdings dan Dato’ Lokman Hakim Pfordten Ketua Pegawai Eksekutif GISB Holdings. Lawatan yang bermula seawal pagi dari Villa GISB Mekah telah diketuai oleh YM Tuan Hj Salleh bin Saliyan Ahli Lembaga Pengarah Cawangan Zon Haramain.

Rombongan yang menaiki  bas VVIP ini telah dibawa menziarahi Jabal Tsur, Jabal Rahmah, Kawasan Manasik Haji, Jabal Nur, Masjid Jin dan  Masjid Sajarah yang menjadi lokasi ziarah 1 bagi jemaah yang datang menunaikan ibadah umrah. Sepanjang perjalanan ziarah eksklusif ini telah dibimbing oleh mutawwif GISB Haramain dengan menceritakan sejarah-sejarah di tempat yang dituju dan turut diselang-selikan dengan alunan nasyid oleh Generasi Harapan Haramain.

YBM Dato’ Lokman Hakim Pfordten turut menyampaikan ulasan sejarah Rasululah SAW yang berlaku di sekitar Bumi Makkah dan memberikan panduan yang berharga untuk staf GISB Holdings di Haramain tentang bagaimana meningkatkan rasa Takutkan Allah serta rindukan Nabi dalam melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan.

Semoga dengan ziarah eksklusif bersama Ahli Lembaga Penasihat dan Ahli Lembaga Pengarah GISB Holding ini, Bumi Haramain akan sentiasa diberkati dan dapat merealisasikan apa yang dihasratkkan oleh para pemimpin untuk Projek GISB Holdings terus berkembang dalam memberikan khidmat kepada manusia hingga manusia mendapatkan Allah dan Rasul di dalam kehidupan.