24 February, 2020
Home » Arab Saudi » MUASSASAH GLOBAL IKHWAN MENYANTUNI ANAK TPM MALAYSIA DAN 14 AHLI KELUARGA DI MAKKAH

MUASSASAH GLOBAL IKHWAN MENYANTUNI ANAK TPM MALAYSIA DAN 14 AHLI KELUARGA DI MAKKAH

Muassasah Global Ikhwan telah diberi kepercayaan sekali lagi untuk menyantuni rombongan jemaah haji Keluarga Timbalan Perdana Menteri Malaysia sepanjang keberadaan di Makkah, Haramain iaitu Datin Nurulizawani binti Ahmad Zahid anak Timbalan Perdana Menteri Malaysia dan suaminya Dato’ Norsham bin Zakaria telah datang bersama 14 orang ahli keluarga dan kawan-kawannya.

Keberadaan rombongan selama 30 hari di Haramain adalah bagi mengerjakan Ibadah Haji disamping menziarahi tempat-tempat bersejarah yang jarang dikunjungi oleh para jemaah Haji dan Umrah. Antara tempat eksklusif yang dilawati ialah Pusat Arkeologi Madain Soleh yang merupakan kawasan peninggalan Kaum Tsamud di zaman Nabi Soleh a.s. Rombongan juga turut merasai pengalaman menunggang kuda baka Arab asli dan melihat haiwan-haiwan kesayangan Rasulullah SAW di Wadi Ikhwan.
Antara perkhidmatan yang diambil dari Muassasah Global Ikhwan ialah perkhidmatan kenderaan, pengurusan hotel, penyediaan makanan serta bimbingan penuh ibadah haji.

Rombongan juga sempat dibawa ke Villa GISBH Mekah untuk bersilaturahim dengan Ahli Lembaga Penasihat GISB Holdings dan menikmati jamuan makan malam. Para rombongan telah disambut oleh YBM Dato’ Lokman Hakim Pfordten Ketua Pegawai Eksekutif GISB Holdings dan YBM Tuan Salleh Saliyan serta YBM Tuan Inammullah Ashaari Ahli Lembaga Pengarah GISB Holdings Cawangan Haramain. Dalam pertemuan itu, rombongan turut ditayangkan dengan Profile GISB Holdings Sdn Bhd.

Datin Wawa, suami dan rombongn mengucapkan ribuan terima kasih atas kerjasama GISB Holdings dari Jad Travels & Tours dalam menyantuni mereka sepanjang berada di Haramain. Semoga ikatan ini akan terus terjalin dan layanan yang diberikan akan sangat membuatkan manusia sangat mencintai Allah dan Rasul untuk Allah itu ditakuti Nabi dirindui.