24 February, 2020
Home » Arab Saudi » WADI IKHWAN MENJADI PILIHAN KONSULAT JEDDAH

WADI IKHWAN MENJADI PILIHAN KONSULAT JEDDAH

GISB Holdings mempunyai hubungan yang baik dengan Konsulat General Malaysia di Jeddah, Arab Saudi.

Pada 24 November 2017, Syarikat GISB Holdings Cawangan Haramain telah menerima kunjungan tetamu dari Konsulat Jeddah yang terdiri dari 47 orang diketuai oleh Konsulat General Jeddah, Dato’ Haji Ali Bin Selamat dan Konsul Haji Dato’ Haji Saimi. Mereka telah memilih Wadi Ikhwan, Mekah sebagai tempat untuk meraikan Hari Keluarga Konsulat Jeddah. Rombongan itu terdiri dari staf konsulat bersama isteri dan anak-anak.

Rombongan itu telah tiba di Wadi Ikhwan pada jam 3:30 petang. Mereka telah disambut dengan meriah oleh staff GISB Holdings. Pada sebelah petangnya, mereka telah diberi peluang untuk melakukan aktiviti- aktiviti mengikut sunnah Rasulullah. Antaranya menunggang kuda, bermain dengan haiwan kesayangan Rasulullah seperti unta, kibas, kambing dan kucing. Mereka telah dihidangkan minuman petang kuih-muih dan bubur pulut hitam.

Pada sebelah malamnya, setelah selesai sembahyang maghrib berjemaah, diadakan jamuan makan malam. Antara menu istimewa yang disajikan ialah BBQ kambing, ayam dan udang serta nasi beriani. Mereka turut dihiburkan dengan beberapa dendangan nasyid dari Akademi Generasi Harapan Cawangan Haramain sambil menjamu selera. Tetamu sangat berpuashati dengan layanan yang diberikan dan makanan yang dihidangkan pada hari itu. Mereka bercadang untuk datang mengadakan aktiviti lagi di Wadi Ikhwan pada masa akan datang.

Majlis berakhir jam 10.30 malam dengan suasana perpisahan yang penuh mesra.
Semoga dengan layanan yang diberikan tetamu yang hadir sangat merasakan Islam itu sangat indah, berkasih sayang dan saling berkhidmat antara satu sama lain bagi melahirkan rasa cinta dan takut kepada Allah dan rindu pada Rasulullah SAW dan para kekasihnya.