13 December, 2018
Home » Australia » IKHWAN TRAVEL AUSTRALIA KENDALI KHIDMAT PELANCONGAN

IKHWAN TRAVEL AUSTRALIA KENDALI KHIDMAT PELANCONGAN

Pada 26 hingga 29 Oktober 2018 yang lalu, Ikhwan Travel Australia sekali lagi diberi kepercayaan bagi mengendalikan perkhidmatan Ground Handling untuk rombongan pelancong yang datang dari Selangor, Malaysia.

Para rombongan pelancong adalah seramai 9 orang dan diketuai oleh Puan Hani. Mereka telah pun mengenali GISBH kerana kerap membuat pakej umrah di Haramain bersama Encik Syurabil Amran dan juga pernah mengambil pakej pelancongan ke Perth, Australia bersama wakil GISB di sana.

Pada hari pertama, para pelancong dibawa melawat sekitar bandar Sydney dan menikmati makan tengahari hari di Cafe Nur Muhammad Sydney. Seterusnya, mereka dibawa untuk mendaftar masuk di hotel penginapan pilihan dan juga sesi perkenalan bersama wakil Ikhwan Travel.

Pada Hari kedua dan ketiga, para tetamu telah dibawa melawat ke tempat-tempat menarik di sini sambil membeli belah.

Pada hari ke 4, dengan keberkatan dan panduan Ybhg Tuan Azri Mohd Yunus untuk mempromosikan premis GISBH khususnya di bumi Australia, para tetamu bersetuju untuk melawat ke Ladang Berkat Dato Ibu. Ketibaan mereka semua disambut meriah oleh warga LBDI dan dimulakan dengan sesi pengenalan GISBH serta persembahan Nasyid oleh Akademi Generasi Harapan Australia.

Para tetamu sangat terkesan dengan persembahan yang dibuat dan ada yang mengalirkan air mata melihat persembahan nasyid Wahai Ayah dan Ibu.

Seterusnya para tetamu dibawa melihat sekitar kawasan Ladang Berkat Dato Ibu. Mereka sempat dijamu makan tengahari serta solat berjemaah bersama sebelum pulang semula ke hotel penginapan untuk membuat persiapan pulang ke Malaysia.