23 October, 2017
Home » Australia » MENTERI BESAR TERENGGANU TERTARIK DENGAN KESYUMULAN GISB HOLDINGS

MENTERI BESAR TERENGGANU TERTARIK DENGAN KESYUMULAN GISB HOLDINGS

Pada 7 March yang lalu, Menteri Besar Terengganu Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Ahmad Razif Bin Abd Rahman telah berkunjung ke Restoran Nur Muhammad Sydney, Australia. Menurut Beliau, keberadaan Restoran Nur Muhammad yang dimiliki oleh bumiputra di Sydney setelah diberitahu oleh anak perempuannya Cik Adila yang merupakan seorang pelajar di salah sebuah universiti terkemuka di Sydney. Sebaik sahaja beliau masuk ke Cafe Nur Muhammad dan menyedari kafe itu milik GISBH beliau terus menyatakan bahawa beliau mengenali CEO GISBH YBM Tuan Dato’ Lokman Hakim Pfordten melalui Dato Syakar.

Pada awalnya Staf Restoran Nur Muhammad tidak mengenali itu adalah Menteri Besar Terengganu. Semasa bertanya untuk mengambil pesanan, staff tersebut turut bertanya bagaimana MB mengenali YBM Tuan Dato’ Lokman Hakim Pfordten. Dari situlah perkenalan bermula apabila Dato’ Seri Ahmad Razif menghulurkan kad perniagaannya. Beliau banyak berkongsi tentang produk Nasi Daga ng Frozen dan Keropok Lekor Frozen yang sudah mempunyai satu tempat simpanan di London yang dia sedang usahakan, juga perkembangan di negeri Terengganu yang beliau sedang fokuskan seperti membanteras gejala lumba haram dengan menyediakan litar khas untuk berlumba, menangkap dan mendakwa sesiapa yang tidak sembahyang Juma’at, menutup semua perniagaan sewaktu Sembahyang Juma’at, menangkap jika lelaki dan wanita menaiki kenderaan berdua jika bukan muhrim dan juga mendakwa kepada wanita yang memakai pakaian yang tidak menutup aurat.

Beliau dengan tegas menyatakan sebagai kepemimpinan beliau akan disoal oleh Allah jika tidak mencegah dan memastikan rakyatnya dari mengikut perintah dan larangan Allah.

Dato’ Seri juga menyatakan hasratnya untuk berkerjasama dengan GLobal Ikhwan Terengganu dalam mempromosikan Nasi Dagang Frozen, Keropok Lekor Frozen dan juga Negeri Terengganu sendiri sempena Tahun Melawat Negeri Terengganu 2017.

Dato’ Seri Ahmad Razif menyatakan hasrat beliau kepada Pengarah Zon Australia YBM Tuan Azri yang beliau ingin membuat perjumpaan bersama wakil GISB, Team Kepimpinan Negeri, wakil-wakil badan kerajaan seperti Tourism Malaysia, Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan Jabatan Pertanian yang berada di Australia. Beliau juga turut menjemput YBM Tuan Azri untuk bertandang ke Terengganu yang merupakan negeri yang terkenal dengan aktiviti pengeluaran minyak di Pantai Timur, Malaysia.

Berikutnya pada 13 March, perjumpaan sepertimana yang telah dihasratkan oleh Dato’ Seri telah diadakan pada 8.30 malam bertempat di Restoran Nur Muhammad, Sydney. Dato Seri Ahmad Razif disambut oleh YBM Tuan Hasnan di perkarangan luar Kafe tersebut. Tetamu-tetamu VIP tersebut dihidangkan dengan makan malam serta dihiburkan dengan persembahan nasyid oleh Kumpulan Generasi Harapan Australia. Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Encik Humam At Tamimi selaku salah seorang
Pengarah Zon di Australia dan seterusnya ucapan ringkas oleh YBM Dato Seri Ahmad Razif. Selepas hidangan makan malam, pihak GISBH menayangkan profile Syarikat kepada seluruh tetamu yang hadir.

Dato Seri juga mengucapkan tahniah kepada Pengurusan GISBH kerana bagi beliau GISBH merupakan sebuah syarikat yang sangat berani dan menakjubkan. Beliau sangat tertarik dengan kesyumulan yang ada dalam GISBH.

Wartawan TV Ikhwan juga sempat menemuramah pengarah Tourism Malaysia di Australia, Encik Ahmad Isa yang turut memberi kan respon yang positif terhadap GISBH.

Majlis diakhiri dengan pemberian plak perhargaan negeri Terengganu kepada GISB dan juga pemberian hadiah kepada tetamu yang hadir berupa nasi dagang dan keropok lekor.

Dato’ Seri Ahmad Razif sempat bercerita bagaimana tercipta nama nasi dagang dan beliau sempat memuji dan berterima kasih kepada GISBH kerana membantu pelajar-pelajar pengajian tinggi di Australia dengan menyediakan makanan halal dan membuat sistem PAY AS YOU WISH bermaksud bayar ikut rasa hati dan diistilahkan oleh Dato’ Seri sebagai “makan free” yang mana program seperti itu sangat menghiburkan dan membantu pelbagai golongan terutama golongan pelajar yang susah untuk makan dengan kos makanan yang sangat tinggi dalam pertukaran wang yang meruncing diwaktu kini. Dato telah bersetuju untuk segera menghantar bekalan satu container nasi dagang dan keropok lekor frozen ke Kafe NurMuhammad sempena program PAY AS YOU WISH untuk promosi Terengganu melalui makanan tersebut.

Berita ini dalam bentuk video boleh disaksikan di link GISBHoldings TV dan facebook GISBHOLDINGS

Carian Terkini:

  • gisb holding dan terengganu
  • menteri besar pahang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *