21 January, 2019
Home » Australia » PAY AS YOU WISH DAY DI RESTORAN GISBH DI PERTH

PAY AS YOU WISH DAY DI RESTORAN GISBH DI PERTH

[:my]

Salah satu dari rangkaian restoran GISB Holdings Australia, Love and Care Cafe di 38 Pier Street, Perth, Western Australia telah mengadakan Hari Bayar Ikut Rasa Hati Anda atau Pay As You Wish Day pada 28 April 2017 dan 19 Mei 2017.

Love and Care Cafe membuat Pay As You Wish Day yang sekarang menjadi satu pemintaan oleh warga Asia khususnya rakyat Malaysia di Perth yang kebanyakannya terdiri dari penuntut dan rakyat Malaysia yang tinggal di sana.

Secara lahir setiap kali membuat Pay As You Wish Day makin ramai datang untuk nikmati masakan Malaysia. Bahkan ada yang datang setiap kali Love and Care Cafe membuat Pay As You Wish Day.

Love and Care Cafe juga membuat ‘service booking’ . Ini untuk memastikan semua pegunjung mendapat meja terutama bagi mereka yang datang dalam kumpulan yang besar. Promosi giat dijalankan seminggu sebelum program diadakan melalui sebaran pamplet dan juga media sosial. Keberadaan Love and Care Cafe di tengah-tengah kota Perth memudahkan lagi para pengunjung yang biasanya akan membuat ‘late night shopping’ mengambil peluang mengunjungi Pay As You Wish Day. Pada hari Pay As You Wish Day kita akan menawarkan masakan-masakan istimewa yang jarang didapati pada hari biasa termasuk kuih tradisional Melayu.

Pada hari diadakan Pay As You Wish Day ia menjadi istimewa pada para pengunjung kerana menjadikan ia mengubat rindu mereka pada masakan dan kuih-muih Melayu. Pada penduduk tempatan pula mencuba sesuatu yang baru menjadi pengalaman menarik buat mereka. Namun yang paling penting hari itu menjadi hari bersilaturahim dan berkasih sayang dimana berkumpulnya semua permastautin dari Asia dan juga penduduk tempatan. Lebih penting lagi terserlahnya keindahan syiar Islam dengan sikap ramah tamah staf restoran.

Love and Care Cafe tidak melepaskan peluang mempromosikan Islam melalui rancangan Tv Ikhwan yang dipasang pada skrin besar dan juga persembahan nasyid dari para remaja GISB Holdings Australia untuk menghiburkan para pelanggan yang terdiri dari berbagai bangsa dan agama.

Love and Care Cafe meneruskanya program Pay As You Wish Day ini setiap dua minggu sebagai langkah mengeratkan lagi hubungan GISB Holdings dengan masyarakat setempat, berkhidmat kepada masyarakat dan membantu mengurangkan beban perbelanjaan para pelanggan terutamanya pelajar hingga semua mendapat ketaqwaan iaitu takutkan Allah dan Rindukan Rasulullah SAW.

[:]