23 September, 2018
Home » Australia » MEMORANDUM PERSEFAHAMAN ANTARA GISBH DAN TERENGGANU

MEMORANDUM PERSEFAHAMAN ANTARA GISBH DAN TERENGGANU

Pada 8 mei 2017 di Perth, Australia telah termenterai satu Memorandum Persefahaman atau Memorandum of Understanding antara GISB Holding dan Terengganu Tourism, juga antara GISB HoldingS dan Terengganu Kitchen.

Majlis telah diadakan di Golden Ballroom Hotel Pan Pasific Perth, Western Australia. Pihak GISB Holding telah diwakili oleh YBM Tuan Hasnan Abdul Hamid manakala kedua-dua badan kerajaan Negeri Terengganu itu diwakili oleh wakil masing-masing. Istimewanya pencetus kepada kesefahaman antara kedua pihak ini ialah Yang Berhormat Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Haji Ahmad Razif bin Abd Rahman sendiri yang juga merupakan tulang belakang kepada Terengganu Tourism dan Terengganu Kitchen yang turut hadir bersama pegawai-pegawai kerajaan negeri. Turut memeriahkan majlis ialah wakil-wakil dari Konsulat Malaysia di Perth yang sudah mempunyai hubungan yang baik dengan GISBH Western Australia.

GISBH Western Australia yang merupakan tuan rumah kepada majlis juga berpeluang meraikan Menteri Besar Terengganu Yang Berhormat Dato Seri Haji Ahmad Razif bin Abdul Rahman serta rombongan dalam jamuan makan malam pada 7 Mei dan jamuan makan tengahari pada 10 mei di restoran GISB Holdings, Love and Care Cafe di Perth. Walaupun hubungan kedua pihak baru saja terjalin namun kemesraan jelas terserlah. Yang Berhormat Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Haji Ahmad Razif bin Abd Rahman sendiri menyatakan rasa kagum dan menyokong ke atas apa yang sedang dilaksanakan oleh GISBH di Australia.