18 October, 2019
Home » Australia » GISBH MERAIKAN MB TERENGGANU DI RUMAH TAMU SYDNEY

GISBH MERAIKAN MB TERENGGANU DI RUMAH TAMU SYDNEY

Pada 22 hb julai satu majlis makan malam bersama Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Ahmad Razif bin Abd Rahman, Menteri Besar Terengganu dan 9 orang ahli keluarganya telah diadakan di rumah tamu GISB Holdings Sydney, Australia. Turut menyambut kedatangan tetamu kenamaan ini, adalah YBM Tuan Ahmad Anuar bin Abdul Rahman, Pengarah GISB Holdings Australia. Program ini diadakan adalah untuk mengeratkan lagi hubungan silaturrahim serta meraikan percutian Dato’ Seri bersama keluarganya di Sydney.

Masjid Darul Iman, Sydney

Dalam majlis yang penuh kemesraan itu, Dato’ Seri menyatakan di antara tujuan kedatangannya ke Sydney adalah untuk melawat sebuah masjid iaitu Masjid Darul Iman yang telah dibeli oleh kerajaan negeri Terengganu diwaktu zaman Pentadbiran YAB Dato’ Seri Wan Mokhtar. Ia telah terbiar sehingga kini. Beliau juga mengongsikan harapannya untuk menerapkan wawasan Islam yang menekankan pembangunan insan dan kemahiran dalam sistem pendidikan pondok moden dibawah pentadbiran kerajaan negeri Terengganu serta menggalakkan amalan solat berjemaah dimeriahkan di dalam sistem pentadbirannya dan di masjid-masjid di negeri Terengganu. Di dalam majlis ini juga , YBM Tuan Ahmad Anuar menyarankan kepada YAB Dato’ Seri utk membuka ladang ternakan dan rumah sembelihan untuk pembekalan daging halal ke Malaysia sepertimana yang telah di bangunkan oleh kerajaan negeri Sarawak.

YBM Tuan Ahmad Anuar juga telah berkongsi perkembangan syarikat GISB Holdings yang kini sedang membangunkan Ladang Berkat Dato’ Ibu di Wyong Creek. Selain dibangunkan projek pertanian dan penternakan, ia juga bakal dijadikan hub pembekalan daging halal dimasa akan datang.

Majlis ini turut dimeriahkan dengn persembahan nasyid daripada remaja-remaja GISB Holdings Australia Timur. Penyampaian cenderahati kepada YAB Dato’ Seri Ahmad Razif dan isterinya telah diadakan bagi diakhir majlis.