24 February, 2020
Home » Australia » Warga New Zealand melawat Ladang GISBH

Warga New Zealand melawat Ladang GISBH

Pada 21 April 2018, Ladang Ukhwah Dato’ Ibu atau L.U.D.I telah di datangi oleh pemilik yang bernama Daryn Megaw bersama dengan abangnya Bruce dan anak saudaranya. Daryn, seorang warganegara New Zealand yang menetap di Australia bekerja di Korea Selatan, membuatkan beliau jarang dapat melawat LUDI. Tidak seperti pemilik-pemilik rumah sewa yang biasanya akan membuat lawatan atau pemeriksaan sekali dalam masa tiga bulan. Kali terakhir beliau melawat LUDI adalah pada tahun 2015.

Beliau sangat terkejut dan gembira dengan perubahan yang berlaku di LUDI. Sangat berbeza dengan suasana sewaktu beliau datang melawat pada tahun 2015. Beliau mengambil kesempatan untuk melawat kesemua kawasan binatang-binatang seperti Taman Burung yang menjadi tempat tumpuan pertama kerana berlokasi di hadapan rumah utama. Juga kawasan kambing yang juga ada Alpaca. Kemudian ke kawasan inkubator yang berhampiran dengan surau. Beliau kagum dengan inkubator yang diubahsuai dari peti sejuk lama yang tidak di gunakan lagi.

Daryn tidak melihat kawasan dalam surau tapi sangat berpuas hati dengan cara susun atur ruang hadapan surau. Beliau kemudiannya melihat kawasan pemeliharan ayam, itik dan burung merpati. Beliau memberi maklum balas, mengatakan yang beliau suka dengan semua itu.

Beliau menjadi teruja bila dibawa ke kawasan Lapang Sasar Memanah yang terletak di sebelah ‘Stable’ kuda, ini kerana beliau sendiri sudah lama berhasrat untuk mempunyai Lapang Sasar Memanah sendiri. Abang kepada Daryn terus meminta izin untuk mencuba memanah. Kami ambil sempatan untuk cerita tentang memanah ini Sunnah Rasulullah

Anak saudara perempuan Daryn berusia lapan tahun yang sangat bermiminat dengan kuda, tidak melepaskan peluang untuk menunggang kuda yang bernama Sarah sambil dijaga oleh Ustaz Ahnaf.

Kemudian Daryn melihat kawasan sekitar Dapur Bandar dan kawasan kolam renang. Sekali lagi beliau menyatakan rasa kagum dan suka dengan pengubahsuaian yang dibuat. Beliau juga gembira dengan patio baru yang baru di pasang mengantikan patio lama yang tertanggal akibat angin kuat.

Beliau menyatakan yang setelah kontrak kerjanya di Korea Selatan tamat, beliau akan balik ke New Zealand kerana mahu menjaga ayahnya yang tua dan sakit. Beliau mahu meniru LUDI untuk dibuat di New Zealand. Beliau juga menyatakan yang GISBH boleh terus menyewa di tanahnya selama yang GISBH mahu.

Beliau turut mengambil kesempatan untuk bergambar dengan binatang-binatang seperti kuda, budgie dan sekali lagi menyatakan rasa gembira di atas semua pengubahsuaian di tanah miliknya dan menyatakan cantik dan hebat. Beliau turut menyebut bahawa GISBH adalah orang Islam yang boleh jadi contoh kepada masyarakat. Orang awam tidak perlu mengeluarkan belanja yang banyak untuk pergi ke tempat-tempat seperti Zoo dan Caversham Wildlife Park, cukup dengan datang ke LUDI. Beliau juga berjanji akan membawa keluarganya melawat LUDI suatu hari nanti. Sebelum berangkat pulang, Daryn menghadiahkan Thoriq iaitu salah seorang pelajar yang juga petugas di LUDI sebuah tangga dan penyodok pasir.

Sesungguhnya Allah lah yang telah membuatkan Daryn jadi gembira dengan suasana di LUDI. Semuanya berlaku atas keberkatan Rasulullah dan para kekasihnya.