18 November, 2017
Home » China » GISBH BANTU BRUNEI BERI KHIDMAT PENTERJEMAH DI EXPO CHINA

GISBH BANTU BRUNEI BERI KHIDMAT PENTERJEMAH DI EXPO CHINA

GISB holdings terus menjadi pilihan antarabangsa. kali ini pihak GISB Holdings China telah dijemput oleh pihak delegasi usahawan dari Brunei yang ingin mendapatkan Khidmat penterjemah bahasa Mandarin untuk membantu mereka menyertai China Asean Ekspo.

GISB Holdings China melalui pengarahnya YBM Tuan Hasnan Abdul Hamid telah menghantar Encik Azhar Aziz ke China Asean Expo di Guangxi sebagai wakil. Perjalanan ke Guangxi mengambil masa 3 jam perjalanan dari Guangzhou dengan menaiki kereta api laju.

Kerjasama bersama usahawan Brunei ini adalah di atas inisiatif kenalan rapat GISB Holdings di Brunei, Tuan Haji Zaini, yang telah menghubungi pihak GISB Holdings China untuk mendapatkan khidmat penterjemah. En Azhar Aziz berkhidmat bersama para usahawan Brunei dari 11 hingga 15 September sepanjang expo berlangsung.

Di dalam expo berkenaan telah diperkenalkan produk-produk keluaran Brunei, seperti makanan halal , tekstil , bahan pendidikan dan lain-lain. Ia telah mendapat sambutan yang menggalakkan dari para pengunjung terdiri dari pelbagai lapisan dan masyarakat China.

Dikalangan pelanggan bukan Muslim juga ada yang bertanyakan, apakah kelainan produk halal ini berbanding dengan yang lain. Ujar Encik Azhar,makanan yang halal itu bukan saja dicuci bersih , kesihatan terjamin bahkan hati akan tenang bila memakannya.