24 February, 2020
Home » China » KUNJUNGAN GISBH KE CHINA MERAPATKAN HUBUNGAN SAUDARA SEISLAM MALAYSIA-CHINA

KUNJUNGAN GISBH KE CHINA MERAPATKAN HUBUNGAN SAUDARA SEISLAM MALAYSIA-CHINA

Pintu masuk ke Makam dan Masjid Saad Abi Waqas
Dengan keberkatan Baginda Rasulullah SAW, para sahabat serta para kekasihNya, satu rombgan yagg diketuai oleh salah seorang Ahli Lembaga Penasihat GISB Holdings, YBM Tuan Hasnan bin Abdul Hamid, telah menjejakkn kaki pada 21 Januari 2018 di bumi Guangzhou, China yang amat bersejarah dari sudut perkembangan Islam kerana di sinilah seorang sahabat Rasulullah SAW, Saidina Saad Abi Waqas telah memulakan misi untuk mengembangkan Islam di negara China pada zaman Khalifah Omar Al Khatab. Di sini terdapatnya makam Saad Abi Waqas serta perigi yang telah wujud semasa kedatangan Saidina Saad Abi Waqas berserta rombongannya lebih ratusan orang mengiringi beliau melalui jalan laut.
 
Kini terdapat 2 buah masjid utama yang sering dilawati oleh umat seluruh dunia, iaitu Masjid Saidina Saad Abi Waqas dan Masjid Menara yang lebih dikenali dengan nama Masjid Huai Sheng. Pada 23 Januari 2018, YBM Tuan Hasnan bin Abdul Hamid bersama rombongan GISB Holdings Utara Malaysia telah bergerak menuju ke bandar Kunming, Yunnan iaitu 1000 km dari bandar Guangzhou menaiki keretapi laju dengan perjalanan yang mengambil masa selama 6 jam setengah.
 
Setelah menempuh perjalanan yang panjang, rombongan telah di sambut oleh kenalan iaitu Saudara Yakub, salah seorg wakil Tareqat Jahriah. Rombongan telah di bawa menuju ke hotel dan menjamu selera di restoren milik mereka. 
 
Pada 24  Januari berikutnya, YBM Tuan Hasnan bin Abdul Hamid dan rombongan telah meninjau bandar Kunming dan Masjid yang pernah Ustaz Hj Ashaari Muhammad lawati 26 tahun dahulu iaitu Masjid Shun Cheng. 
 
Syeikh Abdul Rauf (tengah)
Pada sebelah petangnya, rombongan telah dibawa bertemu dengan Syeikh Abdul Rauf, Syeikh Tareqat Jahriah yang mempunyai lebih 1.5 juta pengikut di China.  Abang kepada Syeikh Abdul Rauf, iaitu Tok Sumid, seorang guru Tasauf di Kedah, salah seorang pesakit yang pernah mendapat rawatan dari Dr. Rahim iaitu salah seorang kepimpinan GISBH Kedah di Kedah Medical Centre yang turut bersama dalam rombongan. Tok Sumid telah berhijrah ke Malaysia satu ketika dahulu di usia remaja, kini telah menjangkau umur awal 80an.
 
Ketika pertemuan bersama Syeikh Abdul Rauf, beliau banyak kali berterima kasih kepada Dr. Rahim kerana menjaga abangnya yang berada di Kedah, Malaysia. 
 
YBM Tuan Hasnan bin Abdul Hamid sempat menyampaikan salam dari YBM Tuan Mohammad Rasidi Abdullah  kepada Syeikh Abdul Rauf dan menceritakan perkembangan syarikat yang telah berkembang di 13 buah negara. Semua nya bermula dari membaiki sembahyang. Syeikh Abdul Rauf sangat gembira dengan kedatangan Tuan Hasnan bin Abdul Hamid dan rombongan GISB Holdings. 
 
Pada 25 Januari 2018 rombongan telah bergerak ke Kaiyuan, satu daerah 200 km dari bandar Kunming. Di sini terdapat sorang kenalan GISBH iaitu Saudara Ali Ma Xian, Pengusaha Bakeri Islam yang mempunyai 23 cawangan dan 3 buah kilang. Kini dalam proses pengubahsuaian kilang yang menelan kos 8 juta Yuan. Kilang baru ini dijangka siap pada akhir bulan Mac ini. 
 
Saudara Ali Ma Xian (dua dari kanan)
YBM Tuan Hasnan bin Abdul Hamid sangat berharap agar Saudara Ali Ma Xian dapat bersama GISBH dalam membuka permis di China dan jika Saudara Ali Ma Xian ingin membuka cawangan di Malaysia, GISBH sedia membantu. YBM Tuan Hasnan bin Abdul Hamid juga berpesan, jika dia ingin pergi ke mana mana saja, maklum saja kepada GISBH, kerana GISBH berada di 13 buah negara yang sedia membantu.
 
Saudara Ali Ma Xian sangat mengkagumi YBM Tuan Hasnan bin Abdul Hamid mempunyai 4 isteri dan anak yang ramai, katanya di china mereka tidak akan mampu berbuat demikian. 
 
Seterusnya rombongan telah di bawa melihat kilang membuat roti. Dari kilang ini lah, akan di hantar ke kedai mereka untuk dijual.  Setelah selesai melawat kilang, YBM Tuan Hasnan bin Abdul Hamid dan rombongan telah bertolak ke Kunming untuk persiapan menuju ke Xian.  
 
Alhamdulillah, dengan keberkatan para rombongan telah sampai jam 8 malam di Xian , bandaraya yang menghubungkan bandar-bandar lain di Wilayah Autonomi Hui Muslim Ningxia.
 
Imam Yahya di Xian, China (tiga dari kanan)
Rombongan berkesempatan bertemu dengan Imam Yahya, Imam Masjid Kota Lama Xian, yang telah dibina lebih 1,270 tahun lalu. Beliau mahir dalam bidang Kaligrafi tulisan Arab dan China , pernah sampai di Pusat Perniagaan Ikhwan Bandar Country Homes, Rawang, Selangor, Malayia sewaktu berlangsung sambutan Maulidur Rasul yang lepas. Para rombongan juga berkesempatan beramah mesra dengan salah seorang pemilik restoren di Muslim Street Xian, namanya juga Yahya Ma. Kebanyakan mereka teruja dengan perkembangan GISBH yang kini telah berkembang pesat di 13 buah negara, beliau juga berhasrat utk mengembangkan syarikatnya di China di bidang pelancongan, kafe serta produk makanan halal.
 
Rombongan juga sempat meninjau kesan-kesan sejarah Masjid Besar Kota Lama Xian, serta berpeluang berbual dengan pelawat yang datang dari Shanghai dan Gansu, mereka amat teruja dengan Malaysia, kerana iklim yang sederhana, pantai yang indah serta pengamalan Islam yang baik dan praktikal.
 
Seterusnya untuk destinasi yang menjadi tujuan utama dalam kembara kali ini, ialah Yinchuan, pusat bandaraya bagi Wilayah Autonomi Muslim Hui, yang mana terdapat hampir 1.9 juta umat Islam di Wilayah ini, hampir satu pertiga dari keseluruhan penduduk 6 juta. Perusahaan menternak kambing biri-biri merupakan sumber ekonomi utama bagi peniaga-peniaga Muslim di sini.
 
Masjid Nan Guang
Pada kunjungan kali ini YBM Tuan Hasnan bin Abdul Hamid telah direzekikan bertemu dengan Imam Masjid Nan Guang , Imam Ibrahim yang amat tertarik dengan kopiah Ikhwan dan mengalukan kedatangan rombongan bagi menghubungkan silaturrahim diantara Malaysia dan Ningxia, serta menjalinkan hubungan perdagangan diantara dua negara.
 
Sebelum beredar, rombongan sempat berkenalan dengan seorang pemuda Muslim, guru bangsa Inggeris yang mengajar di Tian Ching dan Ismail Ma, seorang pengusaha kambing biri-biri dan isterinya Fatimah, pengusaha restoren halal berhampiran dengan Masjid Nan Guang, di mana mereka pernah melawat Malaysia tahun lepas, tapi masih rasa belum puas. Mereka mahu ke Malaysia lagi setelah berkenalan dengan rombongan GISBH bagi mengenali GISBH lebih dekat lagi.