13 December, 2018
Home » England » GISBH BUKA LAGI PREMIS BARU DI LONDON

GISBH BUKA LAGI PREMIS BARU DI LONDON

Alhamdulillah, dengan sebesar-besarnya keberkatan Baginda Rasulullah SAW dan Kekasih-Kekasih Allah, satu lagi premis perniagaan milik GISB Holdings Sdn Bhd, cawangan England, United Kingdom, telah pun dirasmikan.

Premis IKHWAN Butcher & Minimarket beralamat di 177, The Vale, W3 7RD Acton, London, England telah disempurnakan perasmiannya oleh Pengerusi Eksekutif GISB Holdings Sdn Bhd, YBM Tuan Mohd Rashidi Abdullah bersama-sama dengan YBM Tuan Nasiruddin Mohd Ali, Pengerusi Lembaga Penasihat GISB Holdings Sdn Bhd, yang juga Pengarah GISB Holdings Sdn Bhd cawangan Eropah dan Turki, dan juga bersama Yang Hormat Dato’ Lokman Hakim Pfordten, Ketua Pegawai Eksekutif GISB Holdings Sdn Bhd.

Perasmian telah berlangsung pada 20 Oktober 2018, sekitar jam 4.30 petang waktu tempatan.

Semoga dengan rasminya pembukaan IKHWAN Butcher & Minimarket di London ini, bertambahlah khidmat masyarakat yang dapat ditawarkan oleh rangkaian perniagaan GISB Holdings Sdn Bhd di bumi Eropah khususnya.

Walaupun terus berkembang perniagaan GISB Holdings di seluruh dunia termasuk di United Kingdom, GISB Holdings tidak lupa mengungkapkan ucapan syukur dan terima kasih pada Allah, atas anugerah yang tidak ternilai ini.