23 October, 2017
Home » Indonesia » 3 LAGI PREMIS BARU GISBH DIBUKA DI SENTUL, BOGOR

3 LAGI PREMIS BARU GISBH DIBUKA DI SENTUL, BOGOR

Dengan keberkatan Baginda Rasulullah SAW dalam menyambut 1 Muharram 1439 Hijrah, pada 20 September 2017, bersamaan dengan 29 Dzulhijjah 1438 Hijrah, satu Majlis Grand Launching bagi 3 buah premis baru GISB Holdings Indonesia telah diadakan iaitu Salon Muslimah Khadijah Aam, Apotek Ikhwan dan Galeri Ikhwan bertempat di Bandar Sentul, Bogor, Indonesia.

Majlis ini telah dihadiri oleh sekitar 200 orang tetamu, termasuk masyarakat sekitar, tokoh-tokoh masyarakat dan tetamu kehormat. Antaranya adalah Bapak Yudi Santosa sebagai Camat Babakan Madang, Ahli Parlimen Daerah Banten, Bapak Subadri, serta 2 orang Ahli perniagaan dari Malaysia iaitu Dato’ Wan Shaleh danDato’ Norhafiza Zakaria.

Bapak Camat berkata bahwa beliau sangat terkesan dengan GISB Holdings, dan apa yang GISBH lakukan ini adalah contoh bagi masyarakat sekitar. Bahkan beliau juga berharap masyarakat dapat belajar dengan GISBH.

Perasmian ketiga premis tersebut telah dilaksanakan dengan penandatanganan Plakat oleh Bapak Camat, yang diiringi oleh YBM Tuan Mohd Rasidi Abdullah, Pengerusi Eksekutif GISB Holdings. Setelah itu, telah dilaksanakan lawatan premis Apotek Ikhwan, Salon Muslimah Khadijah Aam dan Galeri Ikhwan. Semua yang hadir merasakan apa yang GISB lakukan ini sangat luar biasa. Bukan sahaja design atau pembangunannya hampir semua dilaksanakan oleh kalangan remaja GISBH sendiri, tapi kewujudan Salon dan Apotek memudahkan masyarakat sekitar, di mana di daerah ini belum ada salon muslimah dan apotek bertaraf eksklusif yang juga dibangunkan atas nama Islam.

Galeri Ikhwan juga mendapatkan respon yang menggalakkan, di mana di dalamnya dijual produk khas keluaran kilang dan konveksi Ikhwan, yang pembuatan barang-barang tersebut turut dihasilkan oleh masyarakat sekitar yang bekerja dengan GISB Holdings.

Majlis seterusnya dilanjutkan dengan sesi hiburan persembahan nasyid dari Generasi Harapan serta jamuan. Para tetamu terus berdatangan hingga acara selesai.

Dengan pembukaan farmasi atau Apotek Ikhwan di Sentul telah menjadi buah bibir masyarakat sekitar. Pada 30 September 2017, Apotek Ikhwan telah menerima kunjungan Rektor Universitas Ekonomi Syariah Pertama di indonesia, yang juga merupakan anggota Komitee Ekonomi Nasional Republik Indonesia, serta Penasihat bagi Bank-Bank Islam d Indonesia, Malaysia dan United Kingdom, Drs. Syafii Antonio bersama isterinya Ir. Mirna Rafki. Beliau telah menyampaikan permohonan maaf kerana tidak dapat hadir pada acara perasmian Apotik Ikhwan. Dan beliau telah berkata, beliau hanya boleh ajar orang buat ekonomi syariah, tapi ekonomi yang dibawa oleh pengasas GISB Holdings Ustaz Ashaari Muhammad adalah Ekonomi Tuhan. Beliau turut mengakui kehebatan ustaz Ashaari dalam membangunkan Ekonomi Islam di seluruh Dunia.