20 July, 2019
Home » Indonesia » Jawa » GISBH MEMBUKA SATU LAGI RESTORAN DI INDONESIA SEMPENA NUZUL QURAN

GISBH MEMBUKA SATU LAGI RESTORAN DI INDONESIA SEMPENA NUZUL QURAN

Sempena mengambil keberkatan dari malam Nuzul Quran bertarikh 17 Ramadhan 1438 Hijrah bersamaan 12 Jun 2017, GISB Holdings Indonesia telah membuka satu lagi rangkaian perniagaan restoran melalui Majlis Soft Launching yang dirasmikan oleh Pengerusi Eksekutif GISBH Holdings Tuan Rasidi Abdullah.

Restoran tersebut yang dinamakan GH Corner terletak di E-Plaza Simpang Lima C 22-24, Semarang, Jawa Tengah, Indonesia. Ia merupakan premis pertama GISB Holdings dibuka di kota Semarang yang pada asalnya tidak berpenghuni dan terbiar sekian lama seolah-olah digambarkan sebagai rumah hantu, tetapi akhirnya GISB Holdings mengubahnya menjadi premis restoran yang berwibawa dan menarik.

Nama GH Corner sudah tidak asing lagi di negara Indonesia kerana restoran ini sudah berada di tengah masyarakat termasuk di Sentul, Bogor serta di Aceh dan Pelembang, Sumatra. GH Corner menjadi semakin popular kerana masakannya yang enak dan menarik pelanggan sesuai dengan era masakini.

Dari kanan Doktor Haji Masyhudi, Bapak Haji Hassan Toha (kopiah putih), Tuan Rasidi Abdullah dan Tuan Hasnan

Antara yang turut hadir dalam majlis tersebut adalah Tuan Hasnan bin Abdul Hamid salah seorang Ahli Lembaga Penasihat GISBH Holdings serta dua orang jemputan VIP iaitu Bapak Haji Hassan Toha pemilik Yayasan Badan Wakaf Sultan Agung yang juga seorang pengusaha di Semarang dan Doktor Haji Masyhudi Am. Mkes, Direktur Utama Rumah Sakit Islam Sultan Agung, Semarang.

Bapak Haji Hassan Toha yang juga pengusaha dalam bidang katering begitu teruja dengan masakan yang disediakan pada malam tersebut yang begitu enak dan menyelerakan hingga menyatakan akan datang lagi bersama keluarga dan saudara mara serta stafnya. Bapak Haji Hassan Toha juga merupakan pemilik 3 bangunan bertingkat yang disewakan kepada GISBH untuk membuka GH Corner Semarang ini. Sebelum itu ia adalah bekas tempat percetakan miliknya. Setelah Bapak Haji Hassan Toha pergi melawat premis-premis GISB Holdings di Malaysia, dia sangat terkesan dan ingin bangunan yang dimilikinya itu digunakan untuk Islam yang kemudiannya ditawarkan kepada GISBH untuk membuka GH Corner.

Pada malam tersebut juga sebuah album nasyid yang dihasilkan oleh kumpulan Generasi Harapan Indonesia dengan tajuk Takuti Allah Rindui Nabi. Bagi mempromosikan album baru tersebut, Generasi Harapan membuat persembahan nasyid di dalam restoran GH Corner tersebut hingga seterusnya album mereka dihadiahkan kepada tetamu VIP Bapak Haji Hassan Toha dan Doktor Haji Masyhudi Am. Mkes.

Album Takuti Allah Rindui Nabit tersebut boleh didapati dengan menghubungi talian +62 896 8806 5495.

Maklumat lanjut tentang restoran GH Corner Semarang ini boleh menghubungi talian +62 813 2998 2192.