23 October, 2017
Home » Indonesia » Jawa » KILANG MEE DAN BAKSO IKHWAN DIBUKA DI BOGOR

KILANG MEE DAN BAKSO IKHWAN DIBUKA DI BOGOR

Sebagai langkah yang tidak henti untuk membangunkan serta mewibawakan Islam di Indnesia, Pengerusi Eksekutif GISB Holdings Tuan Mohamad Rasidi Abdullah telah merasmikan 2 buah premis di propensi Jawa.

Pada 11 Jun 2017 Pengerusi Eksekutif GISB Holdings Tuan Mohamad Rasidi Abdullah merasmi dan membuka rumah produksi Mee dan Bakso Ikhwan yang bertempat di kawasan yang tidak jauh dari Perumahan Taman Victoria, Sentul, Bogor. Bangunan kedai 2 tingkat ini digunakan sebagai tempat untuk mengeluarkan Mee dan Bakso Ikhwan.

Setelah dilaksanakan penandatangan plakat, Tuan Mohamad Rasidi Abdullah berkesempatan meninjau proses pembuatan mee dan bakso tersebut. Walaupun belum dihasilkan dalam jumlah besar, namun bakso dan mee itu sudah mendapat sambutan baik dari masyarakat setempat. Mee dan bakso adalah untuk memenuhi keperluan bahan mentah untuk beberapa menu di Restoran GH Corner dan Ikhwan Mart di Sentul, Bogor.

Premis kedua yang dirasmikan adalah sebuah kilang songkok dengan dikenali sebagai Songkok Ikhwan yang sudah dinaiktaraf dengan adanya penambahan 1 bangunan di tingkat 3 kilang yang akan menampung 30 orang pekerja. Langkah ini juga adalah untuk menunaikan hasrat Pengerusi Eksekutif GISB Holdings untuk menambah pengeluaran Songkok Ikhwan itu.

Dalam kesempatan itu juga telah hadir Mantan Menteri Dalam Negeri Republik Indonesia, iaitu Bapak Gamawan Fauzi bersama Bapak Heri. Mereka sangat terkesan dengan GISB Holdings dan sangat ingin untuk bekerjasama dalam membangunkan berbagai bidang dimasa yang akan datang.

Semoga dengan pembukaan premis-premis yang dibangunkan atas nama Islam ini, dapat menambahkan kemeriahan Islam di indonesia khususnya dan semakin luaslah khidmat masyarakat yang dilaksanakan oleh GISB Holdings dalam penyediaan makanan halal serta songkok dan pakaian umat Islam.

Carian Terkini:

  • songkok ikhwan sentul
  • global ikhwan bogor