22 February, 2019
Home » Lain-Lain » SATU KELUARGA FILIPINA MELAWAT IKHWAN RESORT AIR BINTAN

SATU KELUARGA FILIPINA MELAWAT IKHWAN RESORT AIR BINTAN

Pada 24 Disember 2018, Ikhwan Resort Air Bintan, Johor telah dikunjungi tetamu dari Filipina iaitu Mr. Raja dan ahli keluarganya dengan diiringi oleh seorang Remaja Pembela Ummah iaitu En Uwais. Mr. Raja merupakan seorang Pentadbir Serantau, Pihak Berkuasa Pembangunan Koperasi Rantau Autonomi Islam Mindanao, Republik Filipina. Rombongan seramai 8 orang itu tiba di waktu malam. Setelah sampai di rumah rakit Ikhwan, tetamu dihidangkan dengan makan malam yang dimasak oleh staff GISBH di rumah rakit Ikhwan disini .

Pada keesokan pagi, rombongan ini telah menyertai kuliah yang diisi oleh YBM Tuan Md som Jalil. Kemudian diteruskan lagi dengan lawatan ke unit unit di Ikhwan Resort Air Bintan antara yg dilawati ialah stable kuda, lapang sasar memanah, pertanian dan lain lain. Para tetamu kelihatan sangat gembira dan teruja dengan setiap apa yang dilawati di Ikhwan Resort Air Bintan. Rombongan juga sentiasa solat berjemaah disetiap waktu di surau Air Bintan.