23 October, 2017
Home » Indonesia » 13 MEI TARIKH KELAHIRAN PENGERUSI EKSEKUTIF GISBH

13 MEI TARIKH KELAHIRAN PENGERUSI EKSEKUTIF GISBH

Pada 13 Mei 1953 adalah tarikh kelahiran Pengerusi Eksekutif GISB Holdings Tuan Mohammad Rasidi Abdullah, di mana 13 Mei 2017 adalah Hari Kelahiran beliau yang ke 64 tahun.

Beliau merupakan Pengerusi Eksekutif GISB Holding Sdn Bhd bersama 2 orang lagi barisan kepimpinan utama iaitu Tuan Nasiruddin Mohd Ali sebagai Pengerusi Lembaga Penasihat dan Tuan Lokman Hakim Pfordten sebagai Ketua Pegawai Eksekutif yang turut dibantu oleh 8 orang Ahli Lembaga Penasihat yang lain.

Kepimpinan Tuan Mohammad Rasidi Abdullah sebagai Pengerusi Eksekutif telah semakin membawa GISBH ke puncak kejayaan, dengan membuka pelbagai peluang ekonomi di serata dunia.

Tuan Mohammad Rasidi Abdullah, dilahirkan pada 13 Mei 1953, hasil perkongsian hidup Tuan Guru Abdullah Bin Abdul Rahman bersama Puan Salmah. Anak kelahiran Bukit Mertajam, Pulau Pinang ini merupakan anak ke 4 daripada 5 orang adik beradik. Ayah Beliau adalah seorang imam dan guru Tauhid yang dikenali di Kampung Sungai Semambu.

Tuan Mohammad Rasidi Abdullah juga turut memperjuangkan salah satu Sunnah Rasulullah dengan membina keluarga poligami. Isteri pertama beliau adalah Puan Halijah. Isteri kedua Raja A’niza Binti Raja Ma’arof . isteri ketiga pula Puan Kamariah Binti Che Othman dan Pn Rosnida Binti Ismail sebagai isteri keempat. Kemudian beliau berkahwin dengan Puan Dato Dr Gina Puspita setelah pemergian isteri pertamanya Puan Halijah pada tahun 2012. Keseluruhan anak Tuan Dato’ Pangeran Mohammad Rasidi Abdullah seramai 25 orang.

Selepas pemergian Dato’ Ibu Hatijah Aam, Tuan Mohammad Rasidi Abdullahtelah dilantik sebagai Pengerusi Eksekutif GISB Holding Sdn Bhd.

Perkahwinannya dengan Puan Dr Gina Puspita dari Indonesia telah mengeratkan lagi hubungan nusantara antara Malaysia dan Indonesia.

Keberadaan Tuan Mohammad Rasidi Abdullahdi Indonesia, telah berjaya membangunkan roh dan jiwa staf-staf GISB Holdings di Indonesia. Hasilnya berlakulah perkembangan yang sangat pesat di seluruh Indonesia. Ia termasuklah pembangunan di Wadi Barokah, penambahan premis di seluruh Indonesia, khususnya pembukaan beberapa restoran GH Corner antaranya di Sentul, Jakarta, Jogjakarta, Bandung, Pekan Baru dan Aceh.

Antara projek ekonomi yang dipelopori oleh Tuan Mohammad Rasidi Abdullah ialah Roti Canai Ikhwan, Malaysia yang mempunyai rangkaian di seluruh Indonesia. Jualan roti canai dan teh tarik hasil cetusan idea oleh beliau ternasuklah di Program Car Free Day, Indonesia yang terdapat di beberapa tempat di Indonesia yang telah menjadi fenomena yang sangat menarik perhatian masyarakat bukan saja masyarakat tempatan tetapi juga para pengunjung dan pelancong luar termasuk pelancong dari Malaysia. Walaupu harganya lebih dari yang terdapat di Malaysia, jualannya terus meningkat dari masa ke semasa.

Tuan Mohammad Rasidi Abdullah sangat mengambil berat dan menekankan pembangunan insaniah kepada seluruh staf GISB Holding bagi memastikan roh dan jiwa para staf diisi dengan rasa Takutkan Allah dan Rindukan Nabi SAW.

Beliau sangat menitikberatkan Hablumminallah iaitu hubungan dengan Allah melalui sembahyang yang agung, yang bermula dengan persediaan hati sebelum sembahyang, seterusnya di dalam sembahyang dan di luar selepas sembahyang.

Sementara Habluminannas atau hubungan dengan manusia yang sangat ditekankan adalah hubungan sesama manusia dan berkhidmat sesama manusia. Bukan sahaja golongan dewasa yang diberi perhatian, malah golongan remaja dan kanak-kanak juga tidak ketinggalan.

Hasil dari membangunkan insaniah para stafnya, GISB Holding terus diwibawakan melalui 41 Jabatan di bawah 7 sektor. di bawah kepimpinan Tuan Dato’ Pangeran Mohammad Rasidi Abdullah, terbangunlah Islam yang GISBH perjuangkan di merata dunia. Ianya termasuklah pembukaan restoran bertaraf 5 bintang di dalam dan luar negara antaranya di Bukit Bintang Kuala Lumpur, Istanbul, Dubai, Sydney, Manchester dan Paris. Beliau turut menganjurkan program bersama masyarakat secara besar-besaran melalui program karnival sempena hari kemerdekaan, maulidurrasul dan perkahwinan monogami dan poligami beramai-ramai.

Tidak ketinggalan juga, GISB Holding kini sudah mula menjalinkan hubungan dua hala dengan kerajaan negeri dan pihak kementerian. Antaranya menganjurkan kempen melawat Pahang 2017, berkerjasama dengan Tourism Terengganu juga hubungan baik dengan kerajaan Indonesia, dan juga dengan kerajaan Thailand dalam usahasama menangani masalah di selatan Thailand.

Semoga Tuan Dato’ Pangeran Mohammad Rasidi Abdullah teruslah dikurniakan kesihatan dan kesejahteraan agar dapat meneruskan perjuangan Rasulullah didalam mempromosikan Allah dan Rasul ke seluruh dunia. Segala penghargaan dan doa untuk beliau yang sangat dikasihi daripada seluruh ahli GISB Holding Sdn Bhd dan mereka yang mengenali beliau dari dekat dan jauh, dimana sahaja berada.

Carian Terkini:

  • tuan dato pangeran nasir
  • Dato ibu gina tuan dato pangeran rasidi
  • Dato Pangeran Muhammad Rasidi Abdullah