23 October, 2017
Home » Malaysia » Perak » ADUN Trong agihkan daging korban

ADUN Trong agihkan daging korban

BATU HAMPAR : Majlis Sambutan Aidil Adha GISBH cawangan Perak pada tahun ini telah dihadiri oleh tetamu kehormat YB Dato’ Dr Zabri bin Abdul Wahid, ADUN BN kawasan Trong bersama isteri dan anaknya .

Majlis itu turut dihadiri oleh Pengarah GISBH Perak, Tuan Mohamed Johan Abdul Hamid.

Pada majlis tersebut YB Dato’ Dr Zabri bin Abdul Wahid telah mengagihkan daging korban kepada ibu tunggal dan golongan miskin seramai 25 orang dari kawasan kampung berdekatan.

Staff GISB Holdings dan penduduk kampung bergotong royong untuk melapah tiga ekor lembu dan seekor kerbau . Program berlangsung selama 2 hari yaitu pada 12 dan 13 September 2016.

Sumber berita: ZPS

Carian Terkini:

  • adun trong
  • news gisbholdings com
  • anything
  • nama isteri yb zabri