23 October, 2017
Home » Malaysia » Johor » BEKAS QARIAH NEGARA MENGAJAR TARANNUM DI MAAHAD TAHFIZ GISBH MUAR DAN SEPANG

BEKAS QARIAH NEGARA MENGAJAR TARANNUM DI MAAHAD TAHFIZ GISBH MUAR DAN SEPANG

Satu program intensif mempelajari Ilmu Tarannum Al-Quran telah diadakan di dua buah sekolah tahfiz kelolaan GISB Holdings, iaitu Maahad Tahfiz Al-Quran Ummu Anisah, Muar, Johor dan Institut Al-Quran Ikhwan, Sepang, Selangor pada April lalu.

Program ini dijalankan oleh Puan Hajjah Aisyah, bekas johan qariah Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan pada tahun 2009. Program ini disertai oleh para pelajar GISB Holdings Zon Haramain di Malaysia. Program yang berlangsung selama 2 jam pada setiap 2 minggu itu bertujuan untuk memberi tunjuk ajar kaedah pembacaan Al-Quran mengikut lagu dan Tajwid yang betul. Program itu berlangsung di Maahad Tahfiz Al Quran Ummu Anisah, Muar dan turut diikuti oleh para pelajar Institut Al Quran Ikhwan di Sepang melalui Skype.

Keseluruhannya 84 orang pelajar mengikuti program instensif tersebut. Semoga program ini akan terus berlangsung dengan jayanya agar dapat memupuk bakat para pelajar di sini dalam menghayati seni Taranum Al Quran seterusnya ke arah menghayati ajaran Al Quran sehingga mendatangkan rasa kehebatan Tuhan dan takut kepada-Nya.

Carian Terkini:

  • aisyah taranum alQuran
  • kehebatan gisb