23 October, 2017
Home » Malaysia » CEO GISBH MENERIMA DARJAH KEBESARAN NEGERI PAHANG

CEO GISBH MENERIMA DARJAH KEBESARAN NEGERI PAHANG

CEO atau Ketua Pegawai Eksekutif GISB Holdings, Tuan Dato’ Lokman Hakim Pfordten adalah salah seorang dari 158 penerima yang dianugerahkan darjah kebesaran dan pingat sempena ulang tahun Hari Keputeraan Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah di Istana Abu Bakar, Pekan, Pahang pada 15 haribulan Mei, 2017. Majlis pengurniaan itu disempurnakan oleh Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah dan turut dihadiri Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah serta Menteri Besar pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob.

Dilahirkan di Cameron Highland, Pahang, Tuan Dato’ Lokman Hakim Pfordten dan GISB Holdings telah membuat kerjasama dan usahasama dengan Kerajaan Negeri Pahang terutamanya dalam mempromosikan negeri Pahang melalui program Ekspedisi Lanchang ke London melalui jalan darat sempena Tahun Melawat Pahang dan Pelancongan Pahang atau Tourism Pahang.

Berita anugerah darjah kebesaran dari Pemangku Raja Pahang disiarkan juga dalam Berita Harian dan Sun Daily.

Gambar-gambar dalam Majlis Anugerah dapat dillihat di laman web Portal DiRaja Pahang manakala video berita disiarkan di dalam TV1 Malaysia.

Carian Terkini:

  • tuan dato lokman hakim gisbh
  • darjah pahang
  • pengurusi gisb dapat pingat diraja pahang
  • tuan dato lokman hakim gisbh gambar
  • ybhg dato lokman hakim pfordten