23 October, 2017
Home » Malaysia » Johor » GISB MEMBUKA KILANG JAHITAN DI JOHOR

GISB MEMBUKA KILANG JAHITAN DI JOHOR

GISB Holidngs cawangan negeri Johor telah menambah sebuah lagi premis perniagaan di Pusat Perniagaan Ikhwan Mutiara Rini yang dinamakan Ikhwan Stokis dengan rasminya pada 20 April 2017 bersamaan dengan 23 Rejab 1438 Hijrah.

Projek terbaru itu merupakan sebuah kilang jahitan yang mengeluarkan produk untuk pasaran Butik Hurrul Ain yang telah wujud sebelum ini. Antara produk keluaran Ikhwan Stokis ialah tudung, kardigen, stokin, serkup dagu, carf tangan dan lain-lain. Penambah baikkan ini dilakukan bagi menampung permintaan yang kian bertambah dari kalangan masyarakat. 

Majlis perasmian Ikhwan Stokis telah dirasmikan oleh Tuan Nik Hazani Nik Mohamad selaku Pengarah Zon Johor. Dengan bermotokan “Berkat, Eksklusif dan Bersyariat”, Tuan Nik Hazani berharap agar Ikhwan Stokis yang dibangunkan atas dasar Cintakan Islam ini nanti dapat membekalkan juga produk ke rangkaian butik GISB Holdings yang lain.

Modal sebanyak 50,000 Ringgit Malaysia telah dikeluarkan untuk membuka Ikhwan Stokis ini bagi membeli mesin jahit baru dan keperluan lain yang diperlukan oleh kilang jahitan. Semuanya bermula dari usaha-usaha taqwa iaitu dengan memperkemaskan sembahyang sebagai hubungan dengan Allah dan memantapkan hubungan sesama manusia.

Majlis pada pagi itu turut dimeriahkan dengan persembahan nasyid oleh kumpulan GH juga persembahan dari remaja putri serta hidangan jamuan ringan kepada semua yang hadir. Kehadiran tetamu adalah seramai 100 orang dari kalangan masyarakat setempat dan juga staf GISB Holdings.

Carian Terkini:

  • ikhwan stokis johor
  • butik ikhwan johor
  • kilang jahit di johor