23 October, 2017
Home » Malaysia » MENGAPA KARNIVAL PERKAHWINAN PERDANA DIADAKAN

MENGAPA KARNIVAL PERKAHWINAN PERDANA DIADAKAN

Pada 29 April 2017, Karnival Perkahwinan Perdana di Pusat Perniagaan Ikhwan, Bandar Country Homes, Rawang, Selangor yang meraikan 58 pasang pengantin dimana 14 darinya adalah pasangan poligami, telah dirasmikan oleh Tuan Mohd Shukri Mohd Noor, Wakil Pengerusi Eksekutif GISB Holdings selaku Pengarah KPP2017.

Dalam ucapan perasmian tersebut, Tuan Mohd Shukri Mohd Noor menyatakan mengapa majlis sebegini diadakan adalah untuk melaksanakan majlis perkahwinan monogami atau poligami bermatlamatkan mendapat rasa-rasa takutkan Allah dan rindu Nabi hingga terbentuk masyarakat Islam seterusnya melahirkan institusi keluarga dari gabungan individu-individu hingga menjadi masyarakat yang besar.

Menurutnya lagi, GISB Holdings sedang berusaha melaksanakan dan mempraktikkan satu kehidupan yang syumul bukan sahaja hal berkaitan ibadah tetapi juga hal hubungan sesama manusia yang terdiri dari 7 sektor. Sektor-sektor tersebut adalah Sektor Pembangunan Insan, Sektor Pendidikan, Sektor Perniagaan, Sektor Perkhidmatan, Sektor Media, Sektor Pertanian dan Penternakan, Sektor Pentadbiran dan Perhubungan.

Sepanjang 3 hari program karnival ini para pengunjung tidak terlepas dari menyaksikan dan melihat berlakunya aktiviti-aktiviti yang terdaapt di dalam sektor-sektor ini. Dalam program ini juga para pengunjung dapat berkenal-kenalan dan merapatkan ukhuwah atas nama Iman dan Islam yang membuktikan Islam ada cara yang tersendiri menurut syariat Allah tanpa mengambil jalan yang bukan berlandaskan ajaran Islam.

Selaku penganjur majlis yang juga mewakili Pengerusi Eksekutif GISB Holdings, Tuan Mohd Shukri Mohd Noor mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada semua yang memberi kerjasama dalam menjayakan Karnival Perkahwinan Perdana ini terutamanya Jabatan Agama Islam Selangor, Polis DiRaja Malaysia, AJK Masjid Cahaya Iman Bandar Country Homes dan Agensi Dadah Kebangsaan.

Majlis Perasmian dimeriahkan dan dihiburkan dengan persembahan Nasyid dari kumpulan Generasi Harapan dengan nasyid antaranya berjudul ERTI KASIH SAYANG dan KELUARGA ROLE MODEL.

 

Carian Terkini:

  • kanival cahaya baru