23 October, 2017
Home » Malaysia » KARNIVAL PERKAHWINAN PERDANA MERAIKAN 58 PASANG PENGANTIN MONOGAMI DAN POLIGAMI

KARNIVAL PERKAHWINAN PERDANA MERAIKAN 58 PASANG PENGANTIN MONOGAMI DAN POLIGAMI

GISB Holdings mengadakan lagi satu program besar-besaran di Pusat Perniagaan Ikhwan, Bandar Country Homes, Rawang, Selangor iaitu Majlis Karnival Perkahwinan Perdana 2017 bagi meraikan 58 pasang pengantin monogami dan poligami, bermula 29 April sehingga 1 Mei ini. Majlis gilang gemilang ini terbuka kepada seluruh staf GISBH dan orang ramai disemua peringkat menyaksikan lagi pelbgai acara yang menarik sepanjang 3 hari.

Majlis bermula pada jam 9 pagi dengan bacaan doa, diikuti oleh Nasyid Pembukaan dan ucapan perasmian dan pembukaan oleh Wakil Pengerusi Eksekutif GISBH , Tuan Mohd Shukri bin Mohd Noor juga merangkap Pengarah KPP2017 (Perkahwinan Perdana 2017).

Pada masa yang sama juga, bakal pengantin diakadnikahkan oleh Juru Nikah dari JAIS, iaitu Jabatan Agama Islam Selangor bertempat di Masjid Cahaya Iman, Bandar Country Homes, Rawang.

Selepas ucapan perasmian, majlis dimeriahkan dengan Penyampaian Cenderahati oleh Encik Haji Al Ashaari, Persembahan Multimedia dan Persembahan Nasyid.

Dalam masa 3 hari, disamping gerai jualan dan pameran yang disediakan, terdapat juga pelbagai pertandingan dan sukaneka antaranya pertandingan bayi sihat, pertandingan busana muslim, pertandingan mewarna, pertandingan teater muzikal Islam, pertandingan memanah dan pertandingan memasak keluarga poligami, manakala sukaneka terdiri dari lari dalam guni, lari ikat kaki, terompah gergasi, anyam ketupat, gubahan bunga dan jahitan.

Carian Terkini:

  • gambar gambar pengantin di karnival perkahwinan perdana ppibch
  • kahwin perdana 2017 selangor
  • video majlis kahwin poligami
  • perkahwinan perdana 2017
  • perkahwinan mega global ikhwan 2017
  • nikah perdana 2017
  • majlis raptai khawin perdana
  • karnival perkhawinan perdana Gisbh
  • gambar pengantin gisb 2017
  • gambar karnival perkhawinan perdana gisbh