23 October, 2017
Home » Malaysia » Selangor » PERKAHWINAN SAUDARA BARU DI RESTORAN GISB KLANG DISAMBUT MERIAH

PERKAHWINAN SAUDARA BARU DI RESTORAN GISB KLANG DISAMBUT MERIAH

Satu majlis sambutan perkahwinan melibatkan saudara baru Islam iaitu Abdul Rahman Leong Hing Keong dan Nur Iman Aiman Tay Abdullah telah diadakan di salah satu rangkaian restoran GISB Holdings, iaitu Restoran Nasi Ayam Hainan Ikhwan di alamat  Jalan Rodat 2A/KU5 , Bandar Bukit Raja, Klang, Selangor pada April lalu.

Majlis tersebut dianjurkan oleh Bahagian Dakwah dan Mualaf GISB Holdings cawangan Klang. Majlis yang bermula pada jam 12 tengahari itu dihadiri seramai hampir 700 orang termasuk dari kalangan keluarga pengantin, sahabat handai dan kenalan serta pelanggan setia restoran nasi ayam hainan.

Tetamu VIP yang hadir ialah Pengarah Selangor, Yang Berbahagia Tuan Fadhil bin Yassin dan Ustaz  Nahrawi bin Hj Sarry, Penolong Pengarah Kurikulum Menengah Jabatan Agama Islam Selangor, JAIS.

Pasangan pengantin diarak menuju ke dalam restoran yang disiapkan pelamin diiringi paluan kompang oleh pelajar-pelajar GISBH.

Acara memotong pulut kuning menjadi simbolik majlis perkahwinan tersebut. Turut menyerikan majlis, persembahan seni silat sufi dari pelajar Sekolah Menengah Zadut Taqwa, Shah Alam, tarian sufi dan nasyid. Persiapan bagi majlis perkahwinan tersebut dilakukan sehari sebelm majlis, dimana pihak restoran menyediakan perkhidmatan kanopi, hiasan pelamin, meja makan beradab serta jamuan hidangan serta mengandam pengantin.

Kebanyakkan kenalan rapat dan keluarga pengantin begiu teruja melihat sambutan perkahwinan yang begitu meriah malah abang pengantin perempuan yang bukan Islam turut megalirkan airmata melihatkan sausana kemeriahan majlis tersebut.