23 October, 2017
Home » Malaysia » Kedah » TUAN HASNAN HADIR DI MESYUARAT AADK LANGKAWI

TUAN HASNAN HADIR DI MESYUARAT AADK LANGKAWI

Tuan Hasnan Abd Hamid selaku Pengerusi Pertubuhan Kembali Bersinar Malaysia (PKBM) dan salah seorang Pengarah Lembaga Penasihat GISB Holdings telah dijemput untuk menghadiri satu mesyuarat anjuran Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) yang diadakan bagi membincangkan kaedah bagi memerangi dadah berhabis-habisan peringkat Daerah Langkawi Pada 20hb, April 2017 yang lalu.

Mesyuarat ini telah diadakan di pejabat Daerah Langkawi dan dipengerusikn sendiri oleh pegawai Daerah Langkawi Encik Ishak bin Murad. Ia juga melibatkan agensi-agensi kerajaan dan swasta termasuk GISB Holdings dan PKBM. Pembentangan tentang masalah gejala dadah di Langkawi telah dibentangkan oleh Pegawai AADK Daerah Langkawi, Encik Alias Jasin.

Tuan Hasnan telah diberi peluang untuk bercakap dalam mesyuarat tersebut dengan memperkenalkan dan membentangkn peranan yang boleh diambil oleh GISB Holdings dan PKBM dalam membantu kerajaaan untuk menangani masalah penyalahgunaan dadah di Malaysia terutama di Langkawi.

Carian Terkini:

  • berita gisb terkini
  • berita gisbh
  • berita GISB
  • dato hasnan abd hamid
  • hasnan abdul hamid