9 April, 2020
Home » Malaysia » Johor » Perasmian Kafe Ikhwan, Sri Gading

Perasmian Kafe Ikhwan, Sri Gading

[:my]

restoran-batu-pahat-1
restoran-batu-pahat-4Pada 19 haribulan November, 2016, satu lagi rangkaian restoran GISB Holdings Sdn Bhd bertempat di Batu Pahat, Johor telah dibuka dengan resminya oleh YB DATUK AZIZ KAPRAWI, Ahli Parlimen Sri Gading merangkap Timbalan Menteri Pengangkutan Malaysia.

Majlis Perasmian di 31, Jalan Kencana 1A/23, Taman Pura Kencana, Sri Gading, Batu Pahat, Johor turut dihadiri oleh Ahli Lembaga Penasihat GISB Holdings dan Ketua Sektor Perniagaan GISB Holdings, YBM Tuan Muhammad Som bin Abdul Jalil dan YBM Tuan Nik Hazani bin Nik Muhammad, juga Ahli Lembaga Penasihat GISB Holdings yang merupakan Ketua Sektor Pendidikan GISB Holdings.

Tidak ketinggalan ahli Lembaga Pengarah GISB Holdings yang hadir antaranya adalah YBM Tuan Dr Mohd Noor bin Mohd Basir dan YBM Tuan Tengku Azhar bin Tengku Osman.

Majlis bermula dengan ucapan aluan, doa pembukaan serta ucapan dari wakil GISB Holdings, YBM Tuan Muhammad Som bin Abdul Jalil diikuti oleh ucapan perasmian oleh YB DATUK AZIZ KAPRAWI, Ahli Parlimen Sri Gading merangkap Timbalan Menteri Pengangkutan Malaysia. Simbolik kepada keharmonian dan kesejahteraan dalam perniagaan, majlis perasmian disusuli dengan pemotongan pulut kuning bertingkat yang dihiasi dengan sayur-sayuran berbentuk bunga. Majls diserikan lagi dengan persembahan Nasyid dari Remaja Generasi Harapan negeri Johor.

[:]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.