4 June, 2020
Home » Malaysia » Johor » GISBH JOHOR BUKA KILANG PEMPROSESAN AYAM SEGAR YANG HALAL

GISBH JOHOR BUKA KILANG PEMPROSESAN AYAM SEGAR YANG HALAL

Pada 15 Julai yang lalu, GISB Holdings Sdn Bhd cawangan Negeri Johor telah membuka kilang pemprosesan ayam segar yang halal. Ia juga menjadi pusat membekalkan produk sejuk beku Ikhwan serta produk berasaskan lembu dan kambing.

Mencari makanan yang halal itu fardhu bagi setiap Umat Islam, oleh itu mengusahakan produk halal juga adalah Fardhu untuk menyempurnakan masyarakat Islam yang Syumul dan berkat. Oleh itu GISB Holdings mewujudkan pelbagai projek yang menepati Syariat sebagai usaha taqwa di dalam semua bidang termasuklah hal perniagaan dan penghasilan produk makanan Halal.

Walaupun usaha ini mungkin nampak kecil, tetapi hakikatnya impak yang diberikan kepada masyarakat sangatlah besar. Syariat lahir dan syariat batin yang bergabung menjadikan projek pemprosesan ayam segar ikhwan di Pontian, Johor ini, menarik perhatian masyarakat bagi menikmati dan melihat sendiri bagaimana pemprosesan ayam yang suci dan halal.

Majlis yang telah disempurnakan oleh YBM Tuan Nik Hazani Nik Mohammad, Ahli Lembaga Penasihat GISB Holdings merangkap pengarah GISB Holdings cawangan Negeri Johor dan Melaka. Para hadirin turut juga menyaksikan demonstrasi pemprosesan ayam hidup selepas majlis perasmian disempurnakan.

Majlis yang disertai jamuan makan tengahari itu dihadiri kira-kira 700 orang tetamu dan sebahagian mereka adalah peniaga-peniaga dari kawasan sekitar. Turut menghiburkan majlis adalah persembahan nasyid dari Akademi Generasi Harapan Mutiara Rini, Johor Bharu. Majlis turut dimeriahkan dengan meraikan 3 pasangan pengantin termasuk 1 pasangan poligami yang diraikan pada sebelah petang.

Respon masyarakat sekitar sangat baik bilamana kini dengan adanya kilang pemprosesan Ayam Ikhwan. Mereka tidak ragu lagi akan produk halal yang boleh mereka dapatkan disini. Walaupun terdapat 2 buah pasaraya besar di kejiranan mereka. Tetaplah produk Ikhwan menjadi pilihan. Apatah lagi dengan sebuah premis Islam yang dipersembahkan dengan konsep yang kemas,cantik dan unik.
Semoga dengan adanya model Islam di sini akan membuka lagi mata masyarakat bahawa atas nama Allah dan Rasul, umat Islam mampu berjaya dalam keselamatan, keberkatan dan keharmonian.

Carian Terkini:

  • Nik hazani nik mohammad