27 June, 2019
Home » Malaysia » Johor » IKHWAN RESORT AIR BINTAN DIKUNJUNGI TETAMU ARAB SAUDI

IKHWAN RESORT AIR BINTAN DIKUNJUNGI TETAMU ARAB SAUDI

Pada 17 Disember yang lalu, Ikhwan Resort Air Bintan, Johor menerima kunjungan tetamu daripada Arab Saudi iaitu saudara Hani Ghazai Al Muqati. Hani Al-Utaibi adalah kawan baik kepada YBM Tuan Nasiruddin Mohd Ali, Pengerusi Lembaga Penasihat GISB Holdings Sdn. Bhd. Beliau sangat membantu Muassasah Global Ikhwan di Haramain. Hani Al Utaibi ialah salah seorang dari 3 pemuda yang membantu GISBH di Haramain yang berkerja sebagai polis di Masjidil Haram bahagian CCTV.

Bergambar bersama Tok Embun (duduk)

Beliau dan anak isterinya tiba di Ikhwan Resort Air Bintan pada sekitar jam 1 petang di Rumah Rakit Ikhwan melalui jeti Tanjung Serindit. Mereka dijemput menjamu makan tengahari di Rumah Rakit Ikhwan. Sebelum itu , dengan keberkatan saudara Hani Ghazai Al Muqati dan anak isterinya di rezekikan berjumpa YM Tok Embun, ibunda kepada Mantan Pengerusi Eksekutif GISBH, Dato’ Ibu Hatijah Aam di Rumah Rakit Ikhwan yang ketika itu YM Tok Embun hendak bergerak pulang menuju destinasi seterusnya.

Seronok menunggang kuda

Selepas itu saudara Hani Ghazai dibawa naik ke bahagian darat untuk meninjau kawasan-kawasan dan projek-projek di sekitar Ikhwan Resort Air Bintan. Antaranya Stable Kuda Air Bintan dan Istana Arnab. Di Istana Arnab, anaknya yang kecil sempat bermain-main bersama arnab dan menghulur rumput-rumput kecil kepada arnab untuk diberi makan. Di Stable Kuda, kelihatan anak beliau yang bernama Abdul Rahman Hani Al Muqati begitu seronok menunggang kuda dan tidak mahu berhenti menunggang kerana keseronokan menunggang kuda. Moga dengan usaha layanan yang tidak seberapa itu, terhiburlah hati mereka .

Mereka pulang pada petang itu dengan menaiki Bot Ikhwan melalui jeti di situ . Moga dengan keberkatan para kekasih Allah, para tetamu yang datang ke sini mendapat Allah dan Rasulullah SAW.