22 February, 2019
Home » Malaysia » Johor » TETAMU DARI SYRIA BERKUNJUNG KE IKHWAN RESORT AIR BINTAN

TETAMU DARI SYRIA BERKUNJUNG KE IKHWAN RESORT AIR BINTAN

Pada 2 Disember 2018 Ikhwan Resort Air Bintan telah dikunjungi tetamu besar dan istimewa dari Jordan iaitu YBM Tuan Harun Taat selaku Pengarah Zon Syam dan Professor Dr. Mohd Hisham Sultan At Tamimi dari Syria bersama beberapa orang krew rombongan. Rombongan juga disambut oleh YBM Tuan Nik Hazani yang turut berada di Ikhwan Resort Air Bintan ketika itu. Mereka berada disini selama 3 hari 2 malam. Seterusnya, para tetamu dibawa bersarapan di perkarangan Rumah Rakit Ikhwan.

Selepas itu, Dr. Hisham dibawa ke bahagian darat untuk  dibawa melawat ke projek-projek yang terdapat di Ikhwan Resort Air Bintan. Antaranya ialah di Istana Arnab, Archery dan Kolam Ikan Air Tawar. Dr. Hisham At Tamimi dan YBM Tuan Harun juga sempat bergambar bersama lembu baka ‘Brahman’ milik Ikhwan Resort Air BIntan yang ketika itu sedang dilatih untuk ditunggang .

Keesokan harinya, Dr. Hisham telah dijemput untuk menghadiri ke Majlis Makan Malam Amal sebagai tetamu VVIP yang dianjurkan Zon Johor 2 di Kota Tinggi. Pada pagi hari ke 3 iaitu hari terakhir Dr. Hisham di Ikhwan Resort Air Bintan, beliau sempat meluangkan masa mengadakan majlis sesi soal jawab bersama para pelajar di Ikhwan Resort Air Bintan. Sebelum berangkat pulang , beliau dan tetamu yang lain sempat bersarapan di Rumah Rakit Ikhwan dan diadakan majlis pemberian cenderahati daripada pihak Ikhwan Resort Air Bintan. Selepas itu, Dr. Hisham dan para tetamu pulang dengan menaiki bot Ikhwan melalui jeti Tanjung Serindit.