23 October, 2017
Home » Malaysia » Kedah » SATU LAGI KAFE IKHWAN DIBUKA DI JITRA, KEDAH

SATU LAGI KAFE IKHWAN DIBUKA DI JITRA, KEDAH

Tuan Hasnan menandatangani pada Plak Perasmian

Pada 22 dan 23 September 2017 bersamaan 1 dan 2 Muharram 1439 Hijrah, telah diadakan majlis pembukaan dan perasmian Kafe Ikhwan Jitra, Kedah yang baru yang ianya merupakan restoran kedua milik GISB Holdings di Bandar Darulaman selepas Kafe Ayam Hainan GH yang dibuka akhir tahun lepas. Ia telah disempurnakan oleh YBM Tuan Hasnan Abdul Hamid selaku Pengarah GISB Holdings Cawangan Utara. Antara yang menjadi jemputan majlis adalah tokoh-tokoh korporat, ahli qariah masjid dan masyarakat setempat.

Bacaan Doa dipimpin oleh Imam Masjid Al-Muttaqin

Dengan keberkatan bulan Muharram, Restoran yang baru dibuka oleh Syarikat GISB Holdings ini terletak di kawasan strategik dan menerima kunjungan tetamu sejak hari pertama ia dibuka, antara para kenamaan yang dijemput pada hari tersebut ialah YBM Tn Dr Hamzah Othman, Pengarah GISB Holdings Perlis, Imam Masjid Al-Muttaqin Bandar Darulaman dan Encik Nazmi, pemilik sebuah syarikat jualan bahan binaan. Encik Nazmi merasa sangat kagum dengan Syarikat GISB Holdings, syarikat bumiputera Islam yang menyediakan makanan yang halal serta mampu memproses ayam sendiri.

Majlis Pembukaan telah dimulakan dengan bacaan tahlil dan doa dipimpin oleh Imam Masjid Muttaqin Bandar Darulaman. Kemudian para tetamu dijemput menikmati jamuan sambil dihiburkan dengan persembahan nasyid oleh Kumpulan Generasi Harapan.

Pada Hari kedua telah diadakan majlis Perasmian Kafe Ikhwan Jitra. Ia telah disempurnakan oleh YBM Tuan Hasnan Abdul Hamid selaku Pengarah 1 GISB Holdings Caw Utara. Beliau telah menanda tangani plak perasmian sebagai tanda perasmian.

Kafe ini menyediakan hidangan sarapan seperti roti canai, nasi lemak dan kuih muih. Selain hidangan masakan kampung pada waktu tengahari, kafe ini juga menyediakan masakan panas di waktu malam. Antara menu istimewanya ialah cendol pulut, gulai temenung, mee ketam begitu juga Western Food seperti lamb chop, oglio dan ayam goreng Ikhwan. Pakej istimewa juga adalah “makan sepuas hati, bayar ikut rasa hati” yang diadakan pada hari Juma’at sebagai mengambil keberkatan penghulu segala hari.

Diakhir majlis pembukaan dan perasmian telah diadakan majlis penyampaian cenderahati seluruh tetamu kenamaan yang hadir. Semoga dengan majlis yang berlangsung di bulan Muharram ini, Islam terus dimenangkan di negeri Kedah khususnya dan Malaysia serta dunia amnya.

Alamat Kafe Ikhwan Jitra adalah KAFE IKHWAN, JITRA, 83 Tingkat Bawah, Pusat Bandar Barat, Persiaran Mahsuri, Bandar Darulaman, 06000 Jitra, Kedah, Malaysia (berdekatan dengan Masjid Al-Muttaqin, Bandar Darulaman). Telefon: Azmin +6013-488 0467.