23 October, 2017
Home » Malaysia » Kedah » PERKAHWINAN POLIGAMI TUAN HASNAN DENGAN PUAN KHAULAH

PERKAHWINAN POLIGAMI TUAN HASNAN DENGAN PUAN KHAULAH

Pada 7 haribulan 7 Julai 2017 bersamaan 12 Syawal 1438 Hijrah, satu majlis Walimaturus sekaligus menyambut Hari Raya Aidil Fitri di Kampung Temalang, Kodiang, Kedah. Majlis Walimatulurus adalah bagi meraikan pasangan pengantin salah seorang Ahli Lembaga Penasihat GISB Holdings, Tuan Hasnan Abdul Hamid  dengan Puan  Khaulah binti Ashaari, anak perempuan kepada pengasas GISB Holdings, Ustaz Hj Ashaari Muhammad. Majlis tersebut merupakan majlis perkahwinan poligami dengan bermottokan POLIGAMI INDAH DARI TUHAN dimana Puan Khaulah menjadi isteri ke 4 bagi Tuan Hasnan.

Majlis turut dihadiri oleh tetamu VIP yang terdiri dari CEO GISB Holdings, Dato’ Lokman Hakim Pfordten dan keluarga,  Tuan Muhammad Adam selaku Ahli Lembaga Penasihat GISB Holdings Thailand, Tuan Nik Hishamudin dari Kelantan dan Tuan Abdul Rahman Said dari Selangor.

Majlis juga diserikan dengan kehadiran YB Dato Haji Mohammad Rawi Abdul Hamid, Exco Kerajaan Negeri Kedah. Beliau sangat teruja bila melihat Tuan Hasnan bersama keempat-empat isterinya bersama-sama meraikan perkahwinan poligami tersebut dan Dato’ Lokman Hakim turut bersama membawa ke empat-empat isterinya untuk meraikan pasangan pengatin poligami Tuan Hasnan. YB Dato Haji Mohammad Rawi Abdul Hamid yang sanggup meluangkan masa sehingga tamat majlis berkata inilah keluarga contoh yang mana orang lain tidak mampu membuatnya.YB Dato Haji Mohammad Rawi Abdul Hamid mengambil kesempatan bertukar-tukar pendapat dan bergambar buat kenangan dengan Dato’ Lokman Hakim.

Turut hadir dalam majlis tersebut adalah Encik Asri dan kawan-kawanya dari AADK Perlis dan penduduk kampung setempat. Majlis diserikan lagi dengan persembahan nasyid oleh Generasi Harapan yang terdiri dari  pengantin perempuan Puan Khaulah sendiri.

Terdahulu dari itu pada 23 jun 2017 di sini juga diadakan satu majlis sumbangan Aidil Fitri bagi meraikan penduduk Kampung Temalang, Kodiang,  Kedah yang berupa saguhati barangan produk GISBH dan duit Raya disampaikan oleh Tuan Hasnan Abdul Hamid, salah seorang Ahli Lembaga Penasihat GISB Holdings kepada 30 penduduk kampung yang terpilih. Majlis diserikan dengan persembahan beberapa alunan nasyid oleh Generasi Harapan Utara bersama Puan Khaulah.

Tayangan video profil GISBH turut dipersembahkan pada majlis tersebut. Seterusnya semua tetamu dijamu dengan juadah berbuka puasa. Rata-rata mereka terhibur dengan majlis tersebut dan mengucapkan terima kasih pada Tuan Hasnan Abdul Hamid atas pemberian sumbangan tersebut.

Majlis juga dihadiri tetamu dri Gujarat, India iaitu Ustaz Javed yang baru tiba di Malaysia beberapa hari sebelumnya. Dia adalah salah seorang tenaga pengajar di sebuah Madrasah di Gujarat, India. Dia banyak membantu wakil GISBH menziarahi ulamak-ulamak di Gujarat pada tahun 2016 yang lepas.

Carian Terkini:

  • khaulah hj ashaari