24 February, 2020
Home » Malaysia » Kedah » PERTEMUAN TUAN HASNAN DENGAN MB TERENGGANU DI KEDAH

PERTEMUAN TUAN HASNAN DENGAN MB TERENGGANU DI KEDAH

Pada 11  Jun 2017 yang lalu, GISB Holdings cawangan Kedah telah mengadakan satu majlis berbuka puasa bersama Menteri Besar Terengganu iaitu Yang Berhormat Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman.  Program tersebut diadakan di Masjid Al-A’la, Batu 6, Simpang Empat, Alor Setar, Kedah yang merupakan masjid yang terletak di kampung isterinya. Setiap tahun dalam bulan Ramadhan, mereka akan balik ke kampung tersebut untuk berbuka puasa bersama masyarakat setempat. Ini merupakan amalan mereka setiap tahun.

Dengan keberkatan bulan Ramadhan yang mulia, Tuan Hasnan Abdul Hamid salah seorang Ahli Lembaga Penasihat GISB Holdings dan Pengarah Zon Kedah telah menghubungi beliau dan satu pertemuan telah diaturkan untuk diadakan program ini. Program bermula s jam 6.15 petang dengam ucapan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Ahmad Razif Abdul Rahman.  Bermula dari awal ucapannya,  beliau terus memuji GISB Holdings dengan mempromosi syarikat ini kaya dengan rangkaian meluas di seluruh dunia terutama dari segi rangkaian restoran melebihi seratus buah. Keberadaan restoran GISB Holdings di negara-negara seperti Australia, Eropah, Turki, Haramain dan lain-lain,  memberi kemudahan pada para pelancong untuk menikmati makanan Malaysia di luar negara yang halal lagi menyakinkan. Dalam ucapannya beliau menyatakan yang GISB Holdings telah membantu kerajaan negeri Terengganu mempromosikan Terengganu di Australia. Menurutnya, keberadaan GISB Holdings di merata tempat ini memberi kemudahan kepada beliau ketika berada di luar negara, di mana beliau akan terus menghubungi Tuan Hasnan Abdul Hamid.

Majlis diteruskan dengan persembahan nasyid dari kumpulan Generasi Harapan Cawangan Utara walaupun tiada dalam agenda program. Sebelum mengakhiri ucapannya,Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Ahmad Razif Abdul Rahman sempat mempromosikan bahawa Tuan Hasnan telah membawa satu kumpulan penasyid untuk menghiburkan hadirin. Dua buah nasyid yang dipersembahkan tentang Ramadhan sangat menyentuh hatinya. 

Agenda seterusnya adalah pemberian sumbangan kepada anak-anak yatim dan fakir miskin dari kalangan masyarakat tempatan.  Selain sumbangan dari Yang Amat BerhormatDato’ Seri Ahmad Razif Abdul Rahman, Tuan Hasnan mewakili GISB Holdings turut memberi sumbangan wang dan cenderahati berupa produk Ikhwan kepada 15 orang anak yatim dan 20 orang miskin. Seterusnya majlis diteruskan dengan bacaan Tahlil sehinggalah berbuka puasa.

Selepas solat maghrib, Yang Amat BerhormatDato’ Seri Ahmad Razif Abdul Rahman mengajak Tuan Hasnan dan 20 orang team GISB Holdings datang ke rumah mertuanya untuk berbual dan minum. Banyaklah perkara yg diceritakan  terutama berkenaan kerja buatnya di negeri Terengganu. Pertemuan berakhir sebelum Isyak dengan sebahagian dari mereka pergi ke masjid untuk solat isyak dan menunaikan solat terawih yg diimamkn oleh imam yang dibawa khas oleh beliau dari Mesir. 

Selepas solat terawih, sewaktu menikmati hidangan moreh,  sebahagian dari staf GISB Holdings diajak untuk bersama beliau menjamah hidangan. Beliau sekali lagi mempromosi GISB Holdings dan menyatakan ucapan terima kasih kepada GISB Holdings kerana banyak membantu rakyat. Katanya kejujuran merupakan elemen penting dalam perniagaan. Dalam usaha beliau dan kerajaan Terengganu khususnya, membantu rakyat berniaga, kejujuran dalam perniagaan boleh dipertikaikan. Beliau yakin dengan konsep sesiapa yang membantu orang, dia akan dibantu Allah. Bila kita menyumbang Allah akan tambah rezeki untuk kita. Menurutnya banyak orang melayu takut menyumbang sedangkan orang Cina lebih yakin tentang konsep ini. 

Beliau juga akan menghubungi Tuan Hasnan menyatakan hasratnya untuk pergi ke London dan Frankfurt sebelum Hari Raya nanti dan seterusnya ke Turki selepas Hari Raya Haji nanti.