27 June, 2019
Home » Malaysia » Kelantan » GISBH MULA BERTAPAK DI GUA MUSANG, KELANTAN

GISBH MULA BERTAPAK DI GUA MUSANG, KELANTAN

Dengan sewa premis sebanyak RM4,500, GISB Holdings mula bertapak dengan terbangunnnya projek terbarunya iaitu sebuah rumah tamu, hotel dan restoran di bandar Gua Musang, Kelantan sempena bulan Ramadhan yang penuh keberkatan baru-baru ini.

Dengan nama Hotel Ikhwan merupakan rangkaian hotel di bawah seluruh perniagaan sedunia dan nama Restoran Ikhwan Delights yang dikenali sebagai restoran menyediakan perbagai menu termasuk menu Western, kedua-dua premis baru ini memberi peluang pada pelanggan untuk mendapat tempat penginapan yang Islamik dan menu makanan Western yang bersih, suci dan halal menurut Syariat Islam.

Kedudukannya yang sangat strategik, bangunan ini merupakan sebuah premis 3 tingkat bersebelahan dengan Restoran Pizza Hut dan KFC serta bersebelahan dengan Maybank dan Bank Rakyat.  Manakala rumah tamu yang merupakan projek terbaru GISBH di Gua Musang hanya 5 minit dari premis tersebut juga mula disewa di dalam bulan Ramadhan.

Antara kerja-kerja yang dapat diusahakan ialah pelan lantai untuk restoran dan hotel, urusan permit dengan Majlis Daerah Gua Musang, kerja-kerja awal dinding bahagian belakang premis dan pemasangan kelengkapan dan perabot di rumah tamu.

Di sepanjang bulan Ramadhan juga, staf GISB Holdings telah mengadakan hubungan dengan masyarakat di sekitar bandar Gua Musang. Dengan bantuan dan sokongan Ustaz Hazuari seorang penduduk Gua Musang, wakil GISB Holdings telah menghadiri majlis berbuka puasa di rumah Tuan Haji Abd Aziz Yusof, Ahli Dewan Undangan Negeri atau ADUN kawasan Galas yang sangat menyambut baik kehadiran GISB Holdings di Gua Musang. Wakil GISB Holdings juga telah berbuka puasa di surau dan masjid berdekatan. Wakil GISB Holdings juga menjalinkan hubungan dengan peniaga dan pembekal barangan pembinaan tempatan, di samping berkenalan dengan beberapa orang pemimpin setempat dan jiran-jiran.