21 April, 2019
Home » Malaysia » Kelantan » GISBH SAMBUT AIDIL FITRI BERSAMA KENAMAAN NEGERI KELANTAN

GISBH SAMBUT AIDIL FITRI BERSAMA KENAMAAN NEGERI KELANTAN

Kedatangan Aidilfitri untuk kita raikannya dengan penuh takzim, saling bermaaf-maafan serta ziarah-menziarahi mengeratkan silaturrahim. GISB Holdings Cawangan Kelantan turut sama berhubung silaturrahim dengan pemimpin-pemimpin masyarakat.

Antaranya pemimpin-pemimpin masyarakat yang diziarahi adalah Menteri Besar Kelantan, Yang Amat Berhormat  Ustaz Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakob di Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri di kediamannya di Wakaf Bharu, Tumpat, Kelantan. GISB Holdings turut sama menjadi penaja bagi juadah kuih muih dan pastri di hari sambutan ini dengan produk Donat Ikhwan yang dijamu bersama kepada para hadirin rumah terbuka Aidil Fitri disini.

Disamping beramah mesra dengan Menteri Besar Kelantan, Pengarah GISB Holdings Kelantan Tuan Nik Hishamuddin Nik Hasan juga turut sama beramah mesra dengan kenamaan-kenamaan lain yang hadir. Antaranya ialah Exco Kebudayaan, Pelancongan dan Warisan Negeri Kelantan iaitu Yang Berhormat Dato’ Mejar (Bersara) Hj Mohd Anizam bin Abdul Rahman juga Ketua Polis Kelantan yang baru iaitu Dato’ Hasanuddin Hasan.

Selain itu GISB Holdings Cawangan Kelantan juga turut menziarahi Yang Berhormat Tan Sri Annuar Musa, Ketua Penerangan Umno Malaysia di Kediamannya di Ketereh, Kelantan. Beliau yang sering menjalankan pelbagai program diluar negara Bersama GISB Holdings antaranya di Mesir, Jordan dan United Kingdom sangat berbesar hati menerima kedatangan Pengarah GISB Holdings Kelantan, Tuan Nik Hisamuddin Nik Hasan dan beramah mesra bersama.

Selain itu staff-staff GISB Holdings Cawangan Kelantan juga turut sama hadir dan memeriahkan majlis Rumah Terbuka Aidilfitri bagi peringkat Parlimen Ketereh ini. Majlis ini juga turut sama dimeriahkan dengan persembahan nasyid dari Generasi Harapan Kelantan yang menjadi penaja bersama Rumah Terbuka Aidil Fitri beliau pada kali ini.  

GISB Holdings Cawangan Kelantan juga tidak ketinggalan menziarahi Yang Berhormat Dato’ Sri Mustapa Bin Mohamed, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri juga Ahli Majlis Tertinggi Umno di kediamannya di Darul Falah dibawah Parlimen Jeli. Majlis yang diraikan setiap tahun ini lebih bermakna kali ini bilamana GISB Holding turut sama memeriahkan sambutan dengan penajaan persembahan nasyid daripada rangkaian anak syarikatnya iaitu Generasi Harapan Kelantan. Pengisian yang lebih Islamik dapat dirasakan bilamana disampaikan nasyid-nasyid yang membawa kepada rasa bertuhan dan rasa kehambaan di Aidil Fitri serta mesej kasih sayang. 

Sebagai ingatan kasih sayang daripada GISB Holdings telah di beri cenderahati berupa produk terbaru GISB Holdings iaitu Album Nasyid Generasi Harapan, Ramadhan dan Syawal kepada YAB Dato Ahmad Yaakob, Yang Berhormat Tan Sri Annuar Musa dan Yang Berhormat Dato’ Sri Mustapa Mohamed.