13 December, 2018
Home » Malaysia » Kelantan » OKP KELANTAN BELAJAR BUAT TAUGEH IKHWAN

OKP KELANTAN BELAJAR BUAT TAUGEH IKHWAN

Pada 4 November 2018, Seramai 35 orang OKP (Orang Kena Pantau) bersama 6 orang Pegawai AADK (Agensi Anti-Dadah Kebangsaan) Pasir Puteh telah hadir ke Bandar Ikhwan Gong Kulim (BIGK), Kelantan

Rombongan tiba sekitar jam 10.00 pagi. Tujuan mereka datang adalah untuk mempelajari kaedah menghasilkan taugeh bagi menambahkan peluang pekerjaan tambahan kepada golongan OKP ini.

Ketibaan tetamu disambut dengan alunan dua buah Nasyid di Surau BIGK. Program dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Encik Cikgu Johari selaku wakil GISBH dan diikuti oleh Ucapan Cik Wan Amnah, Penolong Pegawai AADK bahagian Penyelidikan dan Kesihatan Pasir Puteh.

Selepas itu mereka ditayangkan dengan Video Profil GISBH. Mereka kelihatan terkejut setelah mengetahui cawangan GISBH yang bukan sahaja banyak di dalam Malaysia malah merata-rata di pelbagai negara.

Selepas semua tetamu minum dan bersarapan di Cafe Ikhwan Gong Kulim, mereka dibawa ke tempat Percambahan Taugeh Ikhwan dan mendapat taklimat dan tunjuk ajar oleh Encik Hanafi Saad dan seorang wakil remaja yang mengusahakan tanaman itu. Mereka sangat terkesan bila diberitahu dalam mengusahakan apa juga projek, GISBH tidak meletakkan keuntungan sebagai keutamaan tetapi adalah untuk berkhidmat kepada masyarakat dalam menyediakan produk yang halal dan diyakini kesuciannya disamping menegakkan Fardhu Kifayah.

Hampir setengah jam mereka didedahkan dengan ilmu praktikal bermula dari peringkat awal percambahan sehingga menghasilkan taugeh yang bersih, suci dan berkat. Beberapa OKP turut berpeluang mengayak taugeh hingga ke peringkat pembungkusan taugeh.

Setelah itu, program penutup telah diadakan di Surau BIGK. Keajaiban yang berlaku bilamana para tetamu hendak memasuki Surau, mereka melihat selipar yang tersusun rapi menyebabkan mereka tersentuh dengan sistem yang Pengasas GISBH, Ustaz Hj Ashaari Muhammad lagangkan, lantas mereka sendiri masuk dengan menyusun kasut sendiri.

Lawatan diakhiri dengan jamuan nasi bungkus dan pemberian saguhati berupa produk Taugeh Ikhwan kepada semua tetamu yang hadir.