23 October, 2017
Home » Malaysia » Kelantan » SATU LAGI RESTORAN IKHWAN DELIGHTS DIBUKA

SATU LAGI RESTORAN IKHWAN DELIGHTS DIBUKA

Pada 25 Ogos 2017 GISB Holdings Sdn Bhd telah membuka satu lagi restoran Ikhwan Deligths di Tumpat, Kelantan menjadikan restoran berkonsepkan menu Western, Italian dan Asian tersebut yang ke 3 selepas pembukaan restoran Ikhwan Delights di Wilayah Persekutuan Labuan dan Subang, Selangor. Restoran Ikhwan Delights ini merupakan salah satu dari rangkaian pelbagai jenis restoran milik GISB Holdings yang ke 130 buah di seluruh dunia.

Pemotongan riben simbolik perasmian

Restoran Ikhwan Delights terletak di dalam sebuah pusat perniagaan yang baru dibuka bagi Daerah Tumpat iaitu Pasaraya Pantai Timor yang terletak di pinggir bandar lama Tumpat dibangunkan sebagai usaha kerajaan negeri untuk memajukan Daerah Tumpat.

Ketua Jajahan Tumpat

Majlis telah dirasmikan oleh Encik Syukri bin Ismail selaku Timbalan Ketua Jajahan Tumpat menggantikan YB Encik Rosnazli bin Haji Amin Ketua Jajahan Tumpat yang tidak dapat hadir atas sebab-sebab yang tertentu namun begitu pada 29 Ogos, YB Encik Rosnazli datang sendiri membuat lawatan ke restoran Ikhwan Delights bersama pegawai-pegawainya.

Wakil dari pihak GISB Holdings, Tuan Nik Hishamuddin Nik Hassan selaku Pengarah bagi negeri Kelantan turut sama di dalam majlis tersebut dengan mengalu-alukan kehadiran para tetamu VIP yang terdiri dari Imam Besar Masjid Daerah Tumpat, Alfadhil Ustaz Nazeri Bin Razab, Pengurus Besar Pasaraya Pantai Timor, Mr. Leong dan Pengurus Jualan Cawangan Pasaraya Pantai Timor Pasir Mas, Miss Susie Yeoh.

Miss Susie Yeoh
Bacaan Doa Selamat oleh Imam Masjid Tumpat

Imam Besar Masjid Daerah Tumpat, Alfadhil Ustaz Nazeri Bin Razab Imam Besar Masjid Daerah Tumpat diberi penghargaan untuk membacakan Doa Majlis Perasmian Restoran Ikhwan Delights tersebut.

Dalam ucapan aluan tersebut Tuan Nik Hishamuddin menyatakan penghargaan kepada pihak Pasaraya Pantai Timor yang banyak memberi kerjasama kepada kerja-kerja pembinaan dan pengubahsuaian restoran Ikhwan Delights sehingga siap hingga ke subuh di hari akhir sebelum majlis perasmian.

Orang ramai telah dijemput hadir untuk bersama-sama menyaksikan acara perasmian Restoran Ikhwan Delights, antaranya termasuk staf atau pekerja Pasaraya Pantai Timor dan para pengunjung yang datang untuk membeli belah di pasaraya tersebut. Para tetamu dipertontonkan video korporat syarikat GISBH dan diserikan dengan persembahan nasyid dari Generasi Harapan Kelantan.

Mr. Leong Pengurus Besar Pasaraya Pantai Timor

Kerja-kerja pembinaan dan pengubahsuaian tersebut dibuat oleh para remaja GISB Holdings cawangan Kelantan telah menarik perhatian Mr. Leong, Pengurus Besar Pasaraya Pantai Timor. Begitu tertariknya dengan kerja-kerja yang rata-rata dibangunkan oleh para remaja, Mr. Leong sanggup mengambil masanya untuk membawa kawan-kawannya menyaksikan sendiri kerja-kerja tersebut.

Begitulah keindahan Islam bila diamalkan dengan displin kerajinan, kesungguhan dan ketekunan hasil dari membaiki solat dan keberkatan akan memberi laluan untuk menarik minat orang bukan Islam tertarik dengan keindahannya.

Dengan terbukanya restoran ini akan membuka laluan pada GISB Holdings untuk berhubung dengan masyarakat di Daerah Tumpat di mana para pengunjung dapat menikmati menu makanan dan minuman yang bersih, suci, halal dan berkat menurut Syariat Islam.

Carian Terkini:

  • menu ikhwan delight tumpat