27 June, 2019
Home » Malaysia » Kuala Lumpur » BOOTH GISB MENANG ANUGERAH REKABENTUK TERBAIK KE 3 DI MIHAS 2019

BOOTH GISB MENANG ANUGERAH REKABENTUK TERBAIK KE 3 DI MIHAS 2019

Booth GISB di MIHAS 2019

Booth pameran GISB Holdings yang direkabentuk dan dibina oleh para remaja GISB Holdings beberapa hari sebelum bermula tarikh 3 April 2019 di MITEC (Malaysia International Trade and Exhibition Centre), Kuala Lumpur di dalam program pameran halal terbesar dunia MIHAS 2019 mendapat sambutan yang menggalakkan dari para pengunjung yang tidak putus-putus berdatangan samada dari rakyat tempatan dan pengunjung dari luar negara.

Keunikan rekabentuk booth GISB Holdings di MIHAS 2019 mendapat perhatian dari pihak penganjur hingga dianugerahkan hadiah pemenang Design Booth Ke 3 tercantik iaitu BRONZE AWARD – BEST MALAYSIAN BOOTH DESIGN di MIHAS 2019.

Hadiah dan sijil pemenang rekabentuk booth tersebut disampaikan oleh Tan Sri Dr. Halim Mohammad, Pengerusi MARTRADE (Malaysia External Trade Development Corporation) kepada wakil GISBH iaitu Ahli Lembaga Pengarah GISBH Tuan Mohd. Fadhil Yasin dan Timbalan Pengarah GISBH Tuan Ahdul Rahman Said.

Rekabentuk 3D booth GISB dapat disaksikan dipautan di sini.

Carian Terkini:

  • Tuan mohd fadhil yasin