27 June, 2019
Home » Malaysia » Kuala Lumpur » GISB SERTAI PAMERAN HALAL TERBESAR DUNIA DI MIHAS 2019

GISB SERTAI PAMERAN HALAL TERBESAR DUNIA DI MIHAS 2019

GISB Holdings telah ditawarkan untuk menyertai satu pameran berkaitan produk dan barangan halal terbesar di dunia iaitu di Malaysia International Halal Showcase (MIHAS) yang ke 16 dari 3 hingga 6 April, 2019 bertempat di MITEC (Malaysia International Trade and Exhibition Centre), Kuala Lumpur, beralamat 8, Jalan Dutamas 2, Kompleks Kerajaan, 50480 Kuala Lumpur.

Booth GISB Holdings yang terletak di Hall 2, Level 1 di MITEC itu adalah salah satu dari lebihkurang 1000 booth dan syarikat yang menyertai acara pameran halal terbesar ini.

Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa melawat Booth GISBH di MIHAS 2019

Pameran MIHAS tersebut dirasmikan oleh YBM Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama) pada 3 April 2019 iaitu hari pertama pameran. Selepas majlis perasmian, YBM Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa berkesempatan melawat booth GISB Holdings yang disambut oleh CEO GISBH Dato’ Lokman Hakim Pfordten dan COO GISBH Tuan Hasnan Abdul Hamid.

Design Booth GISB di MIHAS 2019

Booth pameran GISB Holdings yang direkabentuk dan dibina oleh para remaja GISB Holdings mendapat sambutan yang menggalakkan dari para pengunjung yang tidak putus-putus berdatangan samada dari rakyat tempatan dan pengunjung dari luar negara. Rekabentuk 3D booth GSIBH dapat disakisikan di pautan berikut: https://youtu.be/9Y_YSNKU-FY