13 December, 2018
Home » Malaysia » Kuala Lumpur » IKHWAN MART SUNGAI PENCHALA DINAIKTARAF

IKHWAN MART SUNGAI PENCHALA DINAIKTARAF

Kedai yang menjual barangan runcit termasuk kering dan basah di Bandar Ikhwan Sungai Penchala telah dinaiktaraf dan diwibawakan semula dengan berwajah baru dan ditukar nama kepada Ikhwan Mart.

Pembangunan yang dilakukan dalam tempoh 4 bulan melibatkan para remaja dari Jabatan Remaja dan Pemuda Bandar Ikhwan Sungai Penchala (BISP) juga tenaga mahir di kalangan dewasa. Kos keseluruhan penambahbaikan ini menelan belanja RM70,000.

Ini adalah sebahagian dari usaha dan hasrat Pengarah bagi cawangan BISP iaitu YB Tuan Mohd Fadhil bin Yasin untuk meningkatkan kedudukan BISP ke taraf yang lebih baik dan berwibawa. Selain itu, ia juga diharap dapat memenuhi keperluan masyarakat sekeliling, khususnya penduduk Kg Sungai Penchala dalam membekalkan sumber makanan yang halal,suci lagi berkat.

Dalam majlis itu, beliau telah memotong reben dan menandatangani plak perasmian disaksikan oleh YB Tuan Abdul Rahman Said, Tuan Md Zaki bin Mohd serta para kepimpinan dari 6 cawangan di bawah pentadbiran beliau.