4 June, 2020
Home » Malaysia » Labuan » 3 BUAH RESTORAN GISBH MENERIMA GRED A

3 BUAH RESTORAN GISBH MENERIMA GRED A

[:my]

Pada Mac lepas, tiga rangkaian restoran GISB Holdings di Pulau Labuan, Restoran Ikhwan dan Ikhwan Delighs serta sebuah lagi di Perak, Ikhwan Fried Chicken Seri Iskandar telah menerima anugerah premis kebersihan gred A bagi tahun 2016.

Anugerah Kebersihan premis makanan itu telah diadakan di Hotel Tiara Labuan anjuran Perbadanan Labuan dan Jabatan Kesihatan Labuan. Anugerah tersebut telah disampaikan oleh Ahli Parlimen Labuan, YB Datuk Rozman Bin Haji Isli merangkap Pengerusi Perbdanan Labuan.

YB Dato’ Rozman menyatakan hasrat menambahkan lagi cawangn premis GISBH di Labuan, kerana beliau merasa sangat berpuas hati dengan pencapaian GISBH dalam anugerah kebersihan premis di Labuan.

Manakala di Perak, satu lagi restoran rangkaian GIsb Holdings, Ikhwan Fried Chicken yang terletak di Bandar Seri Iskandar, Perak telah dipilih oleh kerajaan negeri Perak untuk menerima anugerah restoran terbersih mendapat anugerah tempat kedua bagi kategori restoran terbersih di daerah Seri Iskndar.

Program yang diadakan di Dewan Iskandar Mall telah dirasmikan oleh Menteri Besar Perak, YB Dato’ Zamri Abdul Kadir. Program itu bertujuan untuk mengumumkan Pemenang Rekaan Arca, Restoran terbersih 2017 dan fastfood terbersih 2017 bagi negeri Perak sempena Visit Perak 2017.

Penyampaian anugerah tersebut merupakan salah satu acara karnival yang berlangsung selama 5 hari bermula 7 hingga 11 Mac yang lalu melibatkan kabinet kerajaan negeri, Majlis Daerah Perak Tengah, Jabatan Agama Islam Perak Tengah, pelajar UITM dan pemilik restoran-restoran yang terpilih. Karnival tersebut dianjurkan sempena memperkenalkan negeri Perak sebagai negeri pelancongan pada tahun 2017 atau Visit Perak 2017.

Liputan lebih lanjut boleh disaksikan di laman Facebook GISB Holdings dan laman Youtube GISB Holdings TV

[:]