13 December, 2018
Home » Malaysia » CEO GISBH HADIR MAJLIS PERASMIAN KARNIVAL BIOSIMILAR DI NILAI

CEO GISBH HADIR MAJLIS PERASMIAN KARNIVAL BIOSIMILAR DI NILAI

Pada 29 Oktober, YH Dato’ Lokman Hakim Pfordten, CEO GISB Holdings Sdn. Bhd. telah menghadiri Majlis Perasmian Karnival Biosimilar di Kompleks Kolej Inobio, Nilai, Negeri Sembilan yang mana GISBH menjadi penaja utama pada karnival tersebut.

Karnival yang bertemakan ‘Mewujudkan Kesedaran Masyarakat ke Arah Inisiatif Peningkatan Taraf Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat’ selama dua hari anjuran syarikat milik kerajaan, Inno Bio Ventures Sdn. Bhd. itu dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.

Dato’ Lokman Hakim yang hadir bersama isteri-isterinya berkesempatan menyampaikan hadiah tasbih Mesir serta produk-produk GISB Holdings kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.

Dato’ Lokman dan Tan Sri Dato Dr Gan

Di dalam program tersebut juga YH Dato’ Lokman Hakim Pfordten bertemu Tan Sri Dato’ Dr Gan, pemilik Inno Biologics Complex begitu meyakini GISB Holdings hingga menyarankan supaya GISB Holdings membuka sebuah restoran di bandar Nilai.

YH Dato’ Lokman Hakim juga sempat bertemu dengan Tuan Dr Zafari, Ketua Cawangan Khas Negeri Sembilan yang sudah pun mengenali CEO GISB Holdings dan sering ke premis GISBH di Seremban 2.

Dato’ Lokman dan Ketua Cawangan Khas Negeri Sembilan

Dengan kehadiran dan penglibatan GISB Holdings di dalam karnival seumpama ini, dapat membantu kerajaan memberikan kerjasama bagi meningkatkan taraf kesihatan dan kesejateraan rakyat sesuai dengan tema karnival yang bertajuk ‘Mewujudkan Kesedaran Masyarakat ke Arah Inisiatif Peningkatan Taraf Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat’ hingga menjadikan Malaysia negara yang aman, makmur, sejahtera, selamat dan menyelamatkan di dalam keberkatan dan rahmat Allah SWT.