13 December, 2018
Home » Malaysia » KONVOI SKUTER TERPEGUN DENGAN PUSAT LATIHAN REMAJA JELEBU

KONVOI SKUTER TERPEGUN DENGAN PUSAT LATIHAN REMAJA JELEBU

Pada 29 september yang lalu, satu rombongan konvoi motor skuter dari Gombak, Selangor telah datang ke Pusat Latihan Akhlak Mulia Ikhwan (PLAMI) bertempat di Jelebu, Negeri Sembilan iaitu sebuah pusat latihan remaja milik GISB Holdings Sdn. Bhd.

Rombongan tiba pada jam 11:30 pagi disambut oleh para remaja pelatih dan kepimpinan GISBH. Turut ikut sama ialah Haji Mohammad Jali yang merupakan simpati GISBH dan seorang saudara baru iaitu Tok Hassan Yap bersama penduduk kampung.

Wakil GISBH turut memberi ucapan pada majlis tersebut disusuli dengan persembahan nasyid dan silat oleh remaja PLAMI bagi menghiburkan tetamu.

Seterusnya rombongan dibawa melihat suasana PLAMI dan diberi penerangan tentang projek dan aktiviti yang dilakukan oleh para remaja di sini. Mereka juga diberi peluang memetik cili bersama para remaja untuk dibawa pulang sebagai buah tangan. Para rombongan juga tidak melepaskan peluang untuk mencuba sukan Sunnah memanah .

Majlis berakhir dengan sesi bergambar dan penyerahan sumbangan kepada PLAMI. Rombongan seterusnya ke Masjid Kuala Dulang yang merupakan salah satu masjid bersejarah bagi menunaikan solat zohor.

Antara respon para rombongan adalah mereka sangat terkejut diraikan sedemikian dengan persembahan anak-anak walaupun sudah dipesan untuk singgah sebentar sahaja. Selain terpegun dengan suasana PLAMI yang cantik, ada diantara mereka yang keliru sama ada PLAMI ini sebuah tahfiz atau sebuah resort kerana mempunyai permandangan yang cantik dan dilengkapi dengan kolam renang.

Semoga PLAMI terus meriah dan menjadi contoh pendidikan Islam yang indah dan membahagiakan.