23 September, 2018
Home » Malaysia » EKSPEDISI MELAWAT GISBH PAHANG MENARIK MINAT RAMAI

EKSPEDISI MELAWAT GISBH PAHANG MENARIK MINAT RAMAI

Alhamdulillah dengan keberkatan Rasulullah SAW, Program Makan Amal yang diadakan setiap hari sabtu di Restoran Ikhwan kini telah masuk ke minggu yang ke 13. Program yang bertemakan ‘Gembirakan hamba Allah nescaya Allah akan gembirakan kita’ yang dicetuskan oleh Pengarah GISBH Zon Pahang Tuan Mohammad Azral Mohammad Noor sangat menarik minat masyarakat juga organisasi-organisasi  tertentu kerana program ini merupakan satu idea dan kaedah yang sangat berkesan dalam mempromosi GISBH disamping meraikan golongan sasaran seperti ahnaf zakat, anak yatim, ibu-ibu tunggal dan juga badan2-badan kebajikan sehinggakan ada pertubuhan dan organisasi yang datang berjumpa Pihak GISB untuk mereka belajar cara dan pendekatan mengadakan program ini yang mana mereka tidak pernah terfikir utk membuat majlis sepeti yang pihak GISB anjurkan.

Dengan keberkatan para kekasih Allah, rentetan program makan amal ini, GISBH Zon Pahang turut menawarkan ekspedisi melawat ke seluruh premis-premis GISB di sekitar negeri Pahang setiap minggu dan pada kali ini Persatuan Silat Negeri Pahang yang dihubungi melalui wakilnya Encik Ridwan yang merupakan salah seorang peserta dan pemenang program Akademi Silat telah dibawa berekspedisi di sekitar Kuantan dan Pekan.

Ekspedisi yang diketui oleh Tuan Mason Ahmad Timbalan Pengarah Zon Pahang menghurai juga mnceritakan konsep perniagaan menurut GISB di sepanjang perjalanan disamping para peserta diperlihatkan bukti juga hasil Ekonomi Islam yang telah dibangunkan oleh GISB. Antara tempat yang dilawati ialah Kilang Roti Ikhwan, Restoran Nasi Ayam Hainan, Kilang Bihun Ikhwan, Kilang Kuey Teow Ikhwan juga premis di sekitar Taman Guru, dan akhirnya dibawa ke Bandar Ikhwan Batu 12.

Alhamdulillah, para peserta sangat gembira dan teruja dgn segala perkembangan juga layanan yang diberikan yang mana selama ini mereka tidak pernah melihat dan mengetahui adanya ekonomi Islam seperti yang dilagangkan oleh GISB Holdings, hasilnya mereka akan sampai-sampaikan pada kenalan mngenai apa yang mereka telah lihat dan rasai sendiri di dalam ekspedisi tersebut.